Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: 138 KES KEMATIAN, PALING TINGGI DIREKODKAN

DALAM NEGARA

COVID-19: 138 KES KEMATIAN, PALING TINGGI DIREKODKAN

Sumber Gambar: ARKIB BERNAMA

PUTRAJAYA: Sejumlah 138 kes kematian akibat pandemik COVID-19 dicatatkan hari ini menjadikan ia angka kematian harian tertinggi dalam sejarah wabak tersebut melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan angka kematian tersebut terdiri daripada 89 lelaki dan 49 perempuan.

“Sebanyak 138 kes kematian yang dilaporkan pada hari ini melibatkan 46 kes di Selangor, 20 kes di Negeri Sembilan, masing-masing 16 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor.

“Selain itu, 12 kes di Pahang, 11 kes di Melaka, tujuh kes di Kedah, empat kes di Perak, tiga kes di Pulau Pinang, dua kes di Terengganu, dan satu kes di Sabah,” dalam kenyataannya.

Setakat hari ini jumlah kematian keseluruhan akibat COVID-19 di Malaysia 6,866 kes.

Dalam perkembangan yang sama, Dr Noor Hisham turut melaporkan sebanyak 908 kes di unit rawatan rapi (ICU), manakala 425 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 12,528 kes jangkitan baharu dikesan hari ini dengan 19 daripadanya melibatkan kes import.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading