LEBIH 1,000 KEKOSONGAN JEMAAH HAJI TOLAK TAWARAN SUDAH PENUH
Lebih 1,000 kekosongan tempat untuk jemaah haji yang menolak tawaran disebabkan pelbagai faktor, termasuk masalah kesihatan sudah dipenuhkan setakat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika Pra Pelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/2022M di Kompleks Islam Iskandar Johor hari ini. Sumber Gambar: BERNAMA
JOHOR BAHRU: Lebih 1,000 kekosongan tempat untuk jemaah haji yang menolak tawaran disebabkan pelbagai faktor, termasuk masalah kesihatan sudah dipenuhkan setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Beliau berkata kekosongan itu telah diberikan keutamaan kepada mereka yang telah disenaraikan untuk mengerjakan ibadah haji pada 2020 dan 2021.
“Ia (kemas kini senarai jemaah haji) berjalan setiap hari, kalau ada yang kosong maknanya kita akan ikut senarai menunggu dan masukkan nama-nama jemaah mengikut urutan.
“Bagi peringkat pertama ini 1,000 orang telah menolak, maka kita masukkanlah dan sekarang ini sudah penuh,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Pra-Pelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1443H/2022M di Pusat Islam Iskandar Johor, di sini hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Seramai 14,306 jemaah haji Malaysia akan menunaikan rukun Islam kelima pada tahun ini dan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas melalui penerbangan pertamanya pada 4 Jun ini.
Jemaah haji yang dibenarkan pula adalah berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik, mempunyai sijil vaksinasi COVID-19 dan perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam daripada masa berlepas.
Berhubung MTHQK yang akan berlangsung di Pusat Islam Iskandar Johor bermula 9 hingga 18 Jun ini, Idris berkata program itu akan disertai seramai 42 peserta lelaki dan 42 peserta perempuan dari 14 negeri.
Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual merasmikan majlis pembukaan pada 12 Jun, manakala majlis penutup dan pengurniaan hadiah pada 17 Jun akan disempurnakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
MTHQK merupakan program tahunan yang dianjurkan kerajaan Persekutuan dan diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak 1979 bertujuan meninggikan syiar Islam di Malaysia.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager