Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEBIH 15 JUTA BOTOL AIR ZAMZAM DIEDARKAN

DUNIA

LEBIH 15 JUTA BOTOL AIR ZAMZAM DIEDARKAN

MAKKAH: Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais telah mengagihkan lebih dari 15 juta botol air Zamzam sejak ibadah haji Umrah dibenarkan semula.

Sebahagian daripada pelaksanaan langkah pencegahan serta memanfaatkan teknologi bagi menghormati jemaah di Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman menyediakan robot pintar bagi mengedarkan botol air Zamzam.

Lapor Saudi Gazette, robot tersebut boleh bekerja sehingga lapan jam tanpa bantuan manusia, dan hanya berhenti selama 20 saat untuk diisi semula dengan botol air Zamzam.

Sheikh Abdul Rahman yang merupakan Imam Besar Masjidil Haram itu turut menyediakan beg sandang dan beg silinder untuk mengedarkan air Zamzam kepada para jemaah.

Menurutnya, air Zamzam yang diedarkan akan diperiksa setiap hari dengan mengambil sampel air bagi memastikan tahap keselamatan dan kualiti air Zamzam itu terjamin.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading