Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGURUS SYARIKAT DIREMAN, TERLIBAT RASUAH RM60 JUTA SEBUAH KEMENTERIAN

DALAM NEGARA

PENGURUS SYARIKAT DIREMAN, TERLIBAT RASUAH RM60 JUTA SEBUAH KEMENTERIAN

PUTRAJAYA: Seorang pengurus syarikat direman empat hari selepas disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah mendapatkan kontrak bernilai RM60 juta di sebuah kementerian.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Roslizawati Mohd Zanin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuat permohonan berkenaan, pagi tadi.

Perintah reman itu bermula hari ini sehingga 27 Jun.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM pada jam 12 malam tadi sewaktu hadir memberikan keterangan.

“Lelaki ini dipercayai bersekongkol dengan seorang penolong setiausaha bahagian sebuah kementerian yang ditahan semalam, bagi memonopoli projek di bawah kementerian terbabit sejak 2018.

“Difahamkan, sehingga kini, mereka membolot kira-kira 16 projek di kementerian itu serta sudah membabitkan 11 kali pembayaran rasuah,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM menahan seorang penolong setiausaha bahagian kementerian kerana disyaki menerima rasuah yang dianggarkan bernilai RM1 juta.

Penolong setiausaha bahagian berusia 46 tahun itu dilaporkan menerima suapan berbentuk wang RM300,000, barang kemas, tanah lot berkeluasan 0.8 hektar, rumah kedai dua tingkat dan sebuah motosikal.

Kesemua wang dan barangan itu diterima sebagai balasan membantu 11 syarikat mendapatkan projek bekalan am, perkhidmatan dan pengangkutan di kementerian terbabit.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading