ANKARA: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan hampir 250,000 hilang tempat di Idlib, Syria, sejak dua minggu lalu, demikian laporan agensi berita Anadolu.
“Menurut anggaran semasa, lebih 235,000 orang hilang tempat tinggal di selatan Idlib sejak 12 Disember lalu, termasuk 140,000 kanak-kanak,” demikian menurut kenyataan Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (UNOCHA).
Kenyataan itu berkata PBB “amat bimbang” dengan keselamatan dan
perlindungan lebih tiga juga populasi awam di Idlib dengan lebih separuh
darinya menjadi pelarian dalaman sejak peningkatan keganasan di wilayah itu.
Menjelaskan terdapat beberapa bandar di sekitar yang hampir
kosong selepas penduduk melarikan diri ke utara, PBB melaporkan ia menerima
laporan orang awam dibunuh ketika mereka cuba menyelamatkan diri.
“Satu serangan udara dilaporkan berlaku di kampung Jawbas dekat bandar Saraqab di mana orang awam berkumpul pada 24 Disember lalu. Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk empat kanak-kanak, terbunuh,” kata UNOCHA.
Pertempuran di darat juga memburukkan keadaan dengan laporan
menunjukkan berpuluh-puluh orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak tercedera
akibat serangan udara di barat laut wilayah Hama selain beberapa penempatan turut
musnah.
Selain bedilan roket dan bom, musim sejuk melanda memburukkan
keadaan krisis kemanusiaan di situ.
“Keluarga mangsa melarikan diri daripada hujan dan suhu waktu malam hampir mencecah paras beku,” kata kenyataan itu.
PBB turut menegaskan lebih daripada 100,000 mangsa yang
melarikan diri minggu lalu, kini berlindung di kem-kem pelarian, bangunan
separa atau tidak siap, di dalam khemah, di bawah pokok atau kawasan terbuka.
Kebanyakan mangsa baru terjejas itu tidak termasuk 400,000
wanita, kanak-kanak dan lelaki yang terjejas akibat keganasan berlaku antara
hujung April hingga awal bulan ini.
UNOCHA juga merekodkan lebih 1,330 orang awam terbunuh dalam
tempoh yang sama.
PBB menggesa semua pihak, termasuk mereka yang mempunyai kuasa, untuk memastikan orang awam dilindungi, menjamin kebebasan bergerak dan memberikan laluan kepada pihak kemanusiaan menyediakan bantuan kepada kelompok memerlukan.
Syria dibelenggu perang saudara yang dahsyat sejak 2011 apabila rejim
Bashar al-Assad menangani protes pro-demokrasi.
Sejak itu, ratusan ribuan orang terbunuh dengan lebih 10 juta
yang lain hilang tempat tinggal, demikian menurut pegawai PBB.
Zon de-ekslasi diwujudkan di Idlib oleh Turki dan Rusia pada
akhir 2018. Bagaimanapun, rejim Syria dan Rusia seringkali mencabuli larangan
keganasan di zon terbabit dengan melancarkan serangan udara.
Ia kini menjadi rumah kepada empat juta orang awam, termasuk ratusan ribuan yang hilang tempat tinggal sejak beberapa tahun lalu akibat tindakan pasukan rejim di wilayah terjejas perang itu. – Terjemahan AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager