Malam Rabu lalu, industri media dikejutkan dengan sesuatu yang berani dan segar apabila TV AlHijrah melalui program bual bicara Analisis mengupas topik kontroversi “Ustaz Segera: Jejas Institusi Ilmu Islam?”
Ia susulan kontroversi yang terpalit kepada pendakwah-dakwah yang dilahirkan dari program realiti TV sejak akhir-akhir ini.
Dari kisah rumah tangga menceraikan isteri sedang mengandung yang menimbulkan kecaman ramai hinggalah kepada kisah bertemu jodoh di depan Kaabah yang menjadi bahan bualan netizen, khususnya di media sosial.
Soal perbuatan itu perkara khilaf adalah menjadi resam manusia biasa, pun begitu bagaimana pula jika kontroversi itu sesuatu yang sengaja dilakukan untuk meraih populariti?
Jadi ada apa dengan program “hardtalk” Analisis yang dihoskan Syafinaz Yunus ini sehingga ia mendapat perhatian ramai?
Petang Rabu lalu, Syafinaz yang juga penerbit program bual bicara itu pada sidang media sebelum siaran langsung Analisis pada sebelah malam, memberitahu beliau terkejut apabila tajuk itu diluluskan pihak pengurusan.
“Tim produksi kemukakan dua tajuk iaitu Uighur dan ustaz segera. Saya memang tak sangka topik ini diluluskan sebab ia agak sensitif kerana libatkan kelompok agamawan,” kata Syafinaz dalam sidang media itu.
Pun begitu, ibu kepada seorang anak lelaki itu bersyukur pihak pengurusan meluluskan topik yang agak panas itu sejajar peranan TV AlHijrah sebagai “TV Islam yang patut champion isu-isu sebegini”.
Analisis yang ke udara setiap Rabu jam 9 malam adalah program flagship sejak 2016 yang bermula dengan slot berdurasi lima minit dalam Berita AlHijrah.
Apa yang membezakan Analisis dengan program bual bicara lain ialah formatnya yang menampikan dua pandangan berbeza dalam satu platform, sekali gus menjadikannya program yang berani menjuarakan isu semasa dan isu yang dianggap taboo oleh masyarakat.
Antara topik Analisis yang pernah tular adalah isu Vaksin: Perlindungan Atau Kemudaratan? Doula: Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor? dan Program Subsidi Petrol RM30 Sebulan.
“TV Islam perlu mendepani isu masyarakat. Kita akan kupas (apa jua topik) asalkan ia tidak libatkan isu politik ekstrim.
“Roh Analisis memang kena ada pandangan pro dan kontra,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris pada sidang media sama.
Ternyata keputusan TV AlHijrah untuk mengetengahkan isu kontroversi ustaz realiti satu keputusan tepat apabila rating, jumlah tontonan dan engagement program Analisis naik mencanak dengan jumlah tontonan siaran langsung 1,300 pelayar melalui Facebook Live.
Rata-rata penonton Analisis memuji tindakan TV AlHijrah menampilkan tiga panel dengan latar pandangan berbeza dalam isu kontroversi pendakwah realiti iaitu bekas murabbi program realiti dakwah, Zulkefli Hamat; bekas pengacara program realiti dakwah, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan bekas peserta program realiti dakwah, Mohd Zainudin Mohamed Zaini atau lebih dikenali dengan panggilan PU Yeop.
Ridhuan Tee dalam hujahnya menegaskan pendakwah selebriti perlu menjaga adab dan perbuatan supaya tidak menjejaskan imej institusi Islam.
Pendakwah, menurut Ridhuan Tee, mempunyai tanggungjawab besar dan tidak seharusnya tenggelam dalam dunia glamour atau sengaja mengejar populariti yang boleh menjejaskan pandangan umum kepada agama.
“Prestasi mereka selepas menyertai program realiti ini bagi saya agak seimbang kerana ramai yang menjadi pendakwah hebat. Ada juga yang tenggelam dan ada juga menonjol kerana kontroversi yang dia buat sendiri. Sebagai ustaz anda kena jaga penampilan, jangan cerai isteri ketika mengandung… kalau nak cerai sangat buat diam-diam, jangan hebohkan,” katanya dalam nada sinis.
Hal sama turut dipersetujui Zulkefli supaya pendakwah terbabit tidak menceritakan urusan dalam keluarga kepada umum bagi mengelakkan fitnah.
Bagaimanapun, beliau turut meminta masyarakat supaya mengambil sikap “tabayyun” atau selidik dahulu dalam satu perkara.
Janganlah kita bertindak “mengacau nila” bagi mengelakkan susu sebelanga tercemar, demikian kata Zulkefli yang turut disokong PU Yeop.
PU Yeop pula meminta semua pihak menutup keaiban orang lain kerana ia sejajar dengan tuntutan agama.
Bagaimanapun, beliau bersetuju bahawa setiap pendakwah perlu menjaga akhlak kerana agamawan sepatutnya menjadi contoh masyarakat.
“Setiap perbuatan orang tengok…,” katanya menjelaskan adab dan akhlak juga perkara penting sejajar dengan ilmu diperoleh.
Berbalik kepada Analisis, penulis berpandangan, tidak keterlaluan jika dinyatakan di sini bahawa kejayaannya meraih perhatian rakyat dan mendepani isu-isu sensitif melambangkan keterbukaan kerajaan dalam kebebasan media.
Sebagai pengamal media sejak 16 tahun lalu, penulis yakin tim produksi Analisis diketuai Syafinaz menghargai ruang diberikan secara bertanggungjawab.
Apatah lagi, Syafinaz menjadikan tiga perkara sebagai rujukan dalam penetapan tajuk yang akan dibincangkan.
“Pertama, apa Allah kata; kedua, apa rujukan ilmu dan ketiga, rujukan maqasid syariah yang menjaga agama, nyawa, akal, harta dan keturunan,” kata Syafinaz.
Apa yang lebih penting, program Analisis bukan hanya untuk mengejar rating tapi menyuarakan pandangan rakyat. Media bukan hanya tentang laporan seimbang, tapi melaporkan perkara yang hak dan benar.
Sepertimana dinyatakan Syafinaz dalam sidang media Rabu lalu, “dalam era ini, rakyat tak mahu disuap isu atau kita mengajar mereka”. – AlHijrah Online
Penulis adalah Editor Berita & Penerbit AlHijrah Media Corporation.
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.