Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA RAKYAT MALAYSIA MAUT NAHAS DI MESIR

DUNIA

DUA RAKYAT MALAYSIA MAUT NAHAS DI MESIR

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 28 termasuk pekerja tekstil dan beberapa pelancong Asia terbunuh dalam dua kemalangan berasingan di Mesir semalam.

Akhbar al-Ahram melaporkan nahas tersebut berlaku apabila bas yang membawa pekerja tekstil berlanggar dengan sebuah kereta di laluan antara bandar Port Said dan Damietta di kawasan utara.

“Sekurang-kurangnya 22 lelaki dan seorang wanita yang bekerja di sebuah kilang pakaian terbunuh manakala lapan yang lain cedera,” jelas laporan itu lagi.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku beberapa jam selepas dua bas membawa pelancong merempuh sebuah trak di laluan ke resort Ain Sokhna di Laut Merah.

Sumber perubatan memaklumkan dua wanita rakyat Malaysia dan seorang lelaki India maut bersama tiga warga tempatan.

Menurutnya, kira-kira 24 yang lain turut alami kecederaan dan ada yang cedera parah.

Ia bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut tentang insiden itu.

Kemalangan jalan raya adalah kejadian yang sering berlaku di Mesir berikutan kebanyakan laluan tidak diselenggara dengan baik dan pelaksanaan peraturan yang lemah.

Data Biro Statistik menunjukkan berlaku 8,480 kemalangan di Mesir pada 2018 berbanding 11,098 pada tahun sebelumnya. – SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading