KUALA LUMPUR: Dalam memastikan bantuan kemanusiaan jangka panjang di Yaman berjalan lancar, Mercy Malaysia merancang membuka pejabat atau mempunyai wakil di selatan wilayah konflik itu pada tahun depan.
Ia juga sedang
berusaha untuk mendaftar secara rasmi dengan Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA) di Yaman, selain bekerjasama dengan
Field Medical Foundation (FMF) iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan
terbesar di selatan Yaman berpangkalan di Aden.
EXCO Mercy
Malaysia, Norazam Ab Samah berkata, pembukaan pejabat itu jika diluluskan akan
memudahkan pihaknya untuk menjalankan program bantuan jangka panjang, terutama
untuk pelarian dalaman (IDP) terjejas perang.
“Fokus utama (pada 2020) selain program di Rakhine, Myanmar dan Cox Bazar, Bangladesh Mercy Malaysia akan cuba daftarkan pejabat di Yaman, khusus untuk bantu pelarian dalaman Yaman di selatan wilayah konflik itu.
“Ini salah satu program jangka panjang Mercy Malaysia untuk melihat bagaimana bekalan air bersih, bantuan memperbaiki shelter atau tempat tinggal dan program berkaitan nutrisi untuk kanak-kanak-kanak sekolah (dilaksanakan),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penanaman Pokok dan Penghargaan Media sempena sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan Mercy Malaysia di Taman Metropolitan Kepong di sini hari ini.
Perasmian majlis
penanaman 20 batang pokok di Taman Metropolitan Kepong simbolik 20 tahun
penubuhan Mercy Malaysia itu disempurnakan Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr
Ahmad Faizal Perdaus.
AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) antara 10 sahabat media Mercy Malaysia yang menerima penghargaan dari NGO itu selepas terbabit dalam liputan khas Misi Rapid Assessment ke Yaman awal bulan ini yang disertai Editor Berita dan Penerbit TV AlHijrah merangkap sukarelawan media, Syed Azwan Syed Ali.
Turut diraikan
wakil Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Media Prima, Sinar Harian,
Sin Chew Daily, The Star, The Sun, RTM, BFM Radio dan Astro Awani yang diwakili
Editor Eksekutifnya, Ashwad Ismail.
Terdahulu Dr Ahmad Faizal dalam ucapannya berkata, Mercy Malaysia melihat perubahan iklim sebagai cabaran yang perlu didepani badan kemanusiaan di masa akan datang selain menumpukan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di zon konflik dan bencana.
“Kita mengambil bahagian aktif dalam program pengurangan risiko bencana, malah Mercy Malaysia mempunyai unit khas Disaster Risk Reduction… Untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, Mercy Malaysia akan melihat kesinambungan alam sekitar dan pengurangan risiko bencana itu penting,” katanya.
Lebih 24.1 juta warga Yaman memerlukan bantuan asing untuk meneruskan hidup ekoran perang saudara di negara Arab termiskin itu sejak Mac 2015 dengan PBB menyifatkannya sebagai krisis kemanusiaan terburuk dibelenggu perang, kebuluran dan penularan wabak taun. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked