LEBIH 900,000 PENDUDUK GAZA YANG HILANG TEMPAT TINGGAL BERISIKO DILANDA BANJIR
Lebih 900,000 penduduk awam yang kehilangan tempat tinggal di selatan Gaza berdepan risiko banjir apabila cuaca buruk menghampiri kawasan itu, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang semakin meruncing serta kemusnahan meluas akibat perang Israel yang berlanjutan hampir dua tahun, menurut pihak berkuasa perbandaran pada Khamis.
GAZA CITY/ISTANBUL: Lebih 900,000 penduduk awam yang kehilangan tempat tinggal di selatan Gaza berdepan risiko banjir apabila cuaca buruk menghampiri kawasan itu, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang semakin meruncing serta kemusnahan meluas akibat perang Israel yang berlanjutan hampir dua tahun, menurut pihak berkuasa perbandaran pada Khamis.
Menurut Anadolu Ajansi (AA), ribut yang mendekati Gaza “amat berbahaya dan berpotensi menenggelamkan ribuan khemah di sepanjang pantai serta merosakkan kawasan di dalam bandar.”
Jurucakap Majlis Perbandaran Khan Younis, Saeb Lakkan memberitahu AA bahawa keadaan bertambah buruk berikutan rangkaian pembetungan yang runtuh serta kolam takungan air hujan yang hampir melimpah, menimbulkan ancaman kepada penduduk.
Jabatan Meteorologi Palestin turut memberi amaran kemungkinan berlakunya banjir kilat pada Jumaat dan Sabtu di kawasan lembah serta lokasi rendah.
Lakkan berkata pihak berkuasa perbandaran kini berdepan situasi “yang belum pernah berlaku,” dengan lebih 900,000 pelarian hidup dalam kesempitan, sementara tahap kemusnahan melebihi 85 peratus membabitkan jaringan jalan raya, bekalan air dan pembetungan.
Beliau berkata bandar itu tidak mampu mengurus hampir 15 juta tan runtuhan akibat serangan udara Israel.
“Serangan Israel memusnahkan kira-kira 210,000 meter jalan raya, 300,000 meter paip air dan 120,000 meter saluran pembetungan, menyebabkan bandar itu hampir lumpuh sepenuhnya,” katanya.
Beliau turut memberi amaran sistem pembetungan mungkin terhenti beroperasi sepenuhnya akibat kekurangan bahan api, yang boleh mencetuskan limpahan kumbahan berskala besar serta menenggelamkan seluruh kejiranan.
Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Okt, katanya, pihak perbandaran hanya menerima 16,000 liter diesel — cukup untuk operasi selama tiga hari — manakala pasukan teknikal bekerja dengan peralatan asas untuk membina benteng tanah dan mengubah aliran lembah bagi melindungi khemah serta kawasan rendah.
Sejak gencatan senjata itu, Israel terus melanggar perjanjian setiap hari, mengakibatkan ratusan korban dalam kalangan rakyat Palestin serta mengehadkan kemasukan makanan dan bekalan perubatan, menurut pegawai Gaza.
Lakkan berkata 1,900 daripada 2,200 saluran air hujan di bandar itu musnah sepenuhnya, namun satu projek kecemasan yang disokong organisasi berkaitan PBB sedang membersihkan saliran yang masih berfungsi.
Beliau berkata pihak berkuasa perbandaran memerlukan pam mudah alih dan peralatan kecemasan tambahan untuk mengelakkan bandar itu daripada ditenggelami banjir ketika ribut dijangka melanda.
Pegawai Palestin itu menggambarkan keadaan di Khan Younis sebagai “amat suram,” sambil menegaskan bahawa bandar berkenaan memerlukan sokongan antarabangsa segera untuk mengalihkan runtuhan serta memulihkan perkhidmatan asas.
Beliau turut merayu masyarakat antarabangsa supaya “bertindak segera bagi menyelamatkan dua juta pelarian yang berdepan risiko banjir dan kematian.”–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.