DUA BEKAS PENGIKUT AYAH PIN ANTARA 13 BERHIMPUN LUAR ISTANA KUBANG KERIAN
Polis mengesahkan dua daripada 13 individu yang ditahan kerana berhimpun di luar Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Selasa lepas, dikenal pasti sebagai bekas pengikut ajaran sesat Ayah Pin.
MACHANG: Polis mengesahkan dua daripada 13 individu yang ditahan kerana berhimpun di luar Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Selasa lepas, dikenal pasti sebagai bekas pengikut ajaran sesat Ayah Pin.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kedua-dua individu berkenaan berusia lingkungan 40-an.
“Siasatan awal menunjukkan mereka mahu menyerahkan barangan lama seperti parang, pedang dan tombak kepada Sultan Muhammad Keenam (Sultan Kelantan akan datang).
“Peranan beberapa individu lain termasuk Orang Asli yang turut terbabit masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Profesional, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Machang, hari ini.
Beliau berkata lima daripada kumpulan itu juga positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Semalam, Bernama melaporkan seorang wanita dan tiga Orang Asli antara 13 individu berusia 26 hingga 67 tahun yang direman empat hari selepas menyertai perhimpunan haram.
Sementara itu, Mohd Yusoff berkata polis mengesan perubahan modus operandi sindiket pengedaran dadah yang dipercayai beralih dari Pantai Timur ke negeri-negeri utara.
“Saya dimaklumkan oleh rakan sejawat di Kedah dan Perlis mengenai banyak tangkapan baharu membabitkan dadah bernilai tinggi dan dalam kuantiti besar.
“Ini menunjukkan kemungkinan pengedar di Kelantan telah berpindah ke sana susulan kawalan yang semakin diperketat,” katanya.
Beliau berkata indeks jenayah di Kelantan menurun 27 peratus tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas khususnya melibatkan jenayah harta benda seperti curi, pecah rumah dan kecurian kenderaan.
“Namun bagi jenayah kekerasan seperti bunuh, rogol, samun dan mencederakan orang menggunakan senjata, terdapat sedikit peningkatan sebanyak tiga peratus,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests