Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAWATAN MENTERI AGAMA KE ARAB SAUDI PASTIKAN URUSAN HAJI DAN UMRAH MALAYSIA KEKAL CEMERLANG

DALAM NEGARA

LAWATAN MENTERI AGAMA KE ARAB SAUDI PASTIKAN URUSAN HAJI DAN UMRAH MALAYSIA KEKAL CEMERLANG

Lawatan kerja rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ke Arab Saudi dari 7 hingga 11 November lalu merupakan antara usaha kerajaan memastikan urusan haji dan umrah Malaysia kekal cemerlang.

KUALA LUMPUR: Lawatan kerja rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ke Arab Saudi dari 7 hingga 11 November lalu merupakan antara usaha kerajaan memastikan urusan haji dan umrah Malaysia kekal cemerlang.

Sepanjang lawatan tersebut, beliau bersama delegasi Malaysia telah mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan dengan pihak berkuasa Arab Saudi berkaitan hal ehwal haji dan umrah.

Antaranya, Mohd Na’im telah bertemu dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Mohammed Al-Rabiah.

Dalam pertemuan itu, beberapa cadangan serta penambahbaikan telah diusulkan bagi memastikan urusan haji Malaysia terus berada pada tahap terbaik.

Pertemuan tersebut turut menyaksikan sesi menandatangani dokumen penerimaan dan persetujuan urusan haji bagi musim 1447H atau 2026M.

Dalam rangka lawatan yang sama, Mohd Na’im turut mengadakan pertemuan dengan Duta Malaysia ke Arab Saudi bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi, khususnya dalam aspek pengurusan haji dan umrah.

Beliau turut menghadiri Majlis Pembukaan Conference and Exhibition for Hajj and Umrah yang memberi peluang untuk meneliti perancangan Kerajaan Arab Saudi dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan haji dan umrah, di samping melawat reruai Tabung Haji serta syarikat penyedia perkhidmatan haji.

Selain itu, satu mesyuarat bersama Syarikat Penyelia Perkhidmatan Haji Malaysia (Tewafa) turut diadakan bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan memastikan penyediaan perkhidmatan haji yang holistik serta bertaraf dunia.

Kesempatan di Tanah Suci juga digunakan untuk menyantuni jemaah umrah Malaysia. Mohd Na’im turut menziarahi seorang jemaah haji Malaysia musim 2025, Asmah Mansor, yang sedang dirawat di Makkah akibat penyakit pneumonia.

Usaha membawa pulang Asmah ke tanah air sedang dirancang dengan teliti dan turut sedang digerakkan oleh Mohd Na’im. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading