Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEBIH SEJUTA WARGA SYRIA TERIMA PERMIT RESIDEN DI TURKI

DUNIA

LEBIH SEJUTA WARGA SYRIA TERIMA PERMIT RESIDEN DI TURKI

SUMBER FOTO: REUTERS/UMIT BEKTAS

ANKARA: Sejumlah 1,055,685 warga Syria menerima permit residen di Turki, demikian menurut laporan Menteri Dalam Negeri Turki semalam.

Memetik laporan Xinhuanet, laporan dihantar menteri ke Parlimen menyatakan 548,134 pelarian Syria kini menetap di Istanbul daripada 3,649,750 yang berada di Turki.

Sejumlah 446,564 warga Syria di tenggara Gaziantep, 428,811 di tenggara Sanliurfa, 239,510 di selatan Adana, 202,173 di selatan Mersin 115,760 di selatan Kilis, 145,521 di selatan Izmir dan 93,292 di ibu negara Ankara.

Laporan itu berkata seramai 35,307 pelarian dihantar pulang pada 2017, 56,459 pada 2018 dan 46,730 pada 2019, manakala 347,523 rakyat Syria telah pulang secara sukarela.

Kesihatan, pendidikan, perlindungan, akses kepada pasaran buruh, faedah bantuan dan perkhidmatan sosial, prosedur perkahwinan serta prosedur mengenai kenderaan pelarian Syria di Turki dilaksanakan berdasarkan dokumen identiti perlindungan sementara, kata laporan itu. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading