Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI ANJUR KENDURI NIKAH DIKOMPAUN RM4,000

DALAM NEGARA

LELAKI ANJUR KENDURI NIKAH DIKOMPAUN RM4,000

ALOR SETAR: Seorang lelaki dikompaun RM4,000 kerana menganjurkan kenduri pernikahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lelaki berusia 58 tahun itu menganjurkan kenduri serta menjemput orang ramai hadir ke rumahnya di Kampung Padang, Mukim Gajah Mati, Pokok Sena, kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam.

Ahmad Shukri berkata, pihaknya menerima maklumat dari orang awam berkaitan penganjuran majlis pernikahan itu yang turut dihadiri beberapa orang penduduk kampung.

“Majlis itu melanggari SOP seperti tiada penjarakan dan berkumpul beramai-ramai.

“Pasukan Pemantau COVID-19 mengeluarkan kompaun RM4,000 terhadap tuan rumah selaku penganjur majlis itu,” katanya.

Lelaki tersebut didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 4 Akta 342 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB)(Langkah-Langkah dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 1998.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading