Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI BAKAR AL-QURAN DI SWEDEN DITEMBAK MATI

DUNIA

LELAKI BAKAR AL-QURAN DI SWEDEN DITEMBAK MATI

Seorang pelarian Iraq dan aktivis anti-Islam ditembak mati di Sweden, beberapa jam sebelum dia menerima keputusan mahkamah susulan perbicaraan kes membakar al-Quran.

Gambar fail menunjukkan Salwan Momika membuat protes di luar sebuah masjid di Stockholm pada 28 Jun 2023, semasa perayaan Aidil Adha -foto AFP

STOCKHOLM:  Seorang lelaki yang berulang kali membakar Al-Quran pada tahun 2023 di Sweden, telah ditembak mati, beberapa jam sebelum dia menerima keputusan mahkamah susulan perbicaraan kes membakar al-Quran.

Salwan Momika, 38, yang merupakan pelarian Iraq dan aktivis anti-Islam ditembak di sebuah rumah di bandar Sodertalje dekat Stockholm, lapor penyiar awam SVT, memetik sumber polis yang enggan dikenali.

Salwan telah mencetuskan kemarahan masyarakat Islam global selepas tindakannya membakar salinan Al-Quran dalam demonstrasi awam pada 2023.

Mahkamah Stockholm sepatutnya menjatuhkan hukuman kepada Salwan dan seorang lagi lelaki pada hari Khamis dalam perbicaraan jenayah atas ‘kesalahan pergolakan terhadap kumpulan etnik atau kebangsaan’.

Namun, pengumuman keputusan itu telah ditangguhkan.

Sebelum itu, jurucakap polis mengesahkan seorang lelaki ditembak mati di Sodertalje, tetapi tidak memberikan butiran lain.

Susulan insiden itu, lima suspek ditahan polis, lapor Arab News.

Media Sweden melaporkan bahawa Salwan sedang menstrim secara langsung di TikTok pada masa dia ditembak.

Video yang dilihat oleh Reuters menunjukkan polis mengambil telefon dan menamatkan strim langsung daripada akaun TikTok milik Salwan.

Pada tahun 2023, kerajaan Sweden menaikkan amaran keganasannya ke tahap kedua tertinggi serta memberi amaran tentang ancaman terhadap negara itu dari dalam dan luar negara selepas insiden pembakaran al-Quran. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading