Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI BALING BATU DARI JAMBATAN HINGGA PECAH CERMIN KERETA DITAHAN POLIS

DALAM NEGARA

LELAKI BALING BATU DARI JAMBATAN HINGGA PECAH CERMIN KERETA DITAHAN POLIS

KUBANG PASU: Seorang lelaki yang melakukan perbuatan khianat dengan membaling batu dari atas jambatan sehingga mengakibatkan cermin hadapan kenderaan pecah berjaya ditahan polis.

Suspek melakukan perbuatan itu sejak 6 November lalu di jambatan di kilometer 31, Lebuhraya Utara Selatan di Bandar Darulaman.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, suspek berusia 34 tahun itu dipercayai melakukan kegiatan itu sekitar waktu petang.

Beliau berkata, pihaknya mengetahui kejadian itu selepas mengesan satu hantaran video yang tular di aplikasi Whatsapp berkaitan kejadian kenderaan dibaling batu oleh individu yang tidak dikenali ketika melalui jambatan berkenaan.

Katanya, selepas melakukan perbuatan khianat itu suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal.

Rodzi berkata, suspek ditahan pada jam 1.45 petang semalam oleh sepasukan anggota yang ternampak suspek sedang menunggang motosikal jenis Honda Wave S berwarna biru dan bertindak memberhentikan motosikal di atas jambatan.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua ketul batu di dalam bakul motosikal dan hasil soal siasat suspek mengaku melakukan perbuatan itu kerana marah dan geram terhadap kenderaan berat yang sering menghimpit motosikalnya sebelum ini.

Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan kes jenayah dan kes dadah.

Hasil ujian air kencing keatas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Polis turut merampas motosikal dan dua ketul batu untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading