Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS JATUH KE DALAM SUNGAI

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS JATUH KE DALAM SUNGAI

ALOR SETAR: Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan lemas selepas motosikal ditungganginya terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai Telaga Mas dekat Alor Setar malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8 malam ketika mangsa Mohammad Rofiq Mohd Shah Alam, 26, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Bukit Pinang ke rumahnya di Bukit Tembaga.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah teksi yang datang dari arah bertentangan lalu terbabas terjunam ke dalam sungai.

Katanya, pemandu teksi itu bagaimanapun melarikan diri sebaik ternampak mangsa terjatuh ke dalam sungai.

Jelas beliau, kejadian disedari penduduk kampung yang melalui jalan itu selepas menemui dua buah topi keledar dan motosikal mangsa di dalam air.

“Polis telah menghubungi pihak bomba untuk mencari sekiranya ada mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan ini kerana kita menjumpai dua buah helmet di tempat kejadian dan disyaki ada penumpang lain.

“Walau bagaimanapun maklumat yang diterima daripada majikan mangsa yang meninggal dunia ini dan juga daripada abang si mati mengesahkan bahawa mangsa hanya berseorangan,” katanya.

Menurut Ahmad Shukri, mayat mangsa ditemui pasukan bomba di dasar sungai dalam keadaan tersembam.

Mayat berjaya dinaikan dan di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Hasil siasatan mendapati mangsa memiliki kad UNHCR dan telah lama menetap di negara ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading