Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI LEMAS SELEPAS KELUAR MENJALA

DALAM NEGARA

LELAKI LEMAS SELEPAS KELUAR MENJALA

Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika keluar menjala bersama 13 rakannya berhampiran kawasan Loji Rawatan Air Sultan Iskandar, di sini semalam.

Foto arkib

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika keluar menjala bersama 13 rakannya berhampiran kawasan Loji Rawatan Air Sultan Iskandar, di sini semalam.

Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya,  Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahri Safar berkata mangsa, Betron Anak Tela, 38, dipercayai terjatuh dan hilang ketika melakukan aktiviti itu pada kira-kira 2 pagi semalam.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.55 tengah hari, sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melibatkan 12 anggota dari BBP Johor Jaya, lapan anggota pasukan penyelamat di air (PPDA) dari BBP Skudai dan dua anggota unit dron dari BBP Kempas, dikejarkan ke lokasi kejadian. 

“Pihak bomba membuat pencarian di air dengan menggunakan teknik ‘surface searching’ dan selaman menggunakan sebuah bot aluminium serta bot orang awam.

“Mangsa berjaya ditemukan oleh PPDA pada kedalaman tiga meter dan jarak tiga kilometer dari lokasi mangsa disyaki jatuh pada jam 6.35 petang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Saifulbahri berkata mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.40 malam.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading