Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TPM AHMAD ZAHID MULA TUGAS SECARA RASMI DI PERDANA PUTRA

DALAM NEGARA

TPM AHMAD ZAHID MULA TUGAS SECARA RASMI DI PERDANA PUTRA

Ahmad Zahid yang mengenakan sut serba hitam, disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali sebaik tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada pukul 8 pagi.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulakan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut sama ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali (kiri).

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra di sini.

Ahmad Zahid yang mengenakan sut serba hitam, disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali sebaik tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada pukul 8 pagi.

Beliau kemudiannya mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Aras 4 sebelum mengaminkan doa yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal  Islam Jabatan Perdana Menteri Kamruzaman Abdul Aziz.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudiannya memasuki pejabatnya serta menandatangani Buku Selamat Datang. 

Ahmad Zahid, 69, diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri serta memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas.

Pada Sabtu lepas, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) antara 27 jemaah Kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Ahmad Zahid hari ini juga dijadual menghadiri mesyuarat khas jemaah menteri yang pertama dipengerusikan oleh Perdana Menteri. 

Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentabiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri, Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading