LELAKI MAUT SELEPAS TERGELINCIR DI AIR TERJUN LATA KINJANG
Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun maut selepas tergelincir ke dalam kolam di kawasan Air Terjun Lata Kinjang, dekat Chenderiang, petang semalam.
IPOH: Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun maut selepas tergelincir ke dalam kolam di kawasan Air Terjun Lata Kinjang, dekat Chenderiang, petang semalam.
Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 5.10 petang dan operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah.
“Mangsa Syahrulrazi Maskur dipercayai tergelincir ke dalam kolam di kawasan tempat pemeriksaan 12 di bahagian paling atas air terjun dan tidak sedarkan diri.
“Pasukan penyelamat perlu mendaki kira-kira satu kilometer ke bahagian puncak air terjun untuk sampai lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Shazlean berkata rakan mangsa telah melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun mangsa tiada tindak balas sebelum menghubungi talian kecemasan.
Beliau berkata mangsa dibawa turun oleh pasukan penyelamat dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Johari Yahya berkata rakan mangsa membuat laporan kejadian pada 6.46 petang, menyatakan mereka dari Sabak Bernam, Selangor ke situ untuk mendaki dan mandi di air terjun tersebut.
“Pada jam kira-kira 2.50 petang, ketika rakan mangsa sedang memasang hammock di atas bukit, dia menyedari mangsa tiada di kawasan air terjun. Selepas mencari di sekitar lokasi, mangsa ditemukan dalam keadaan meniarap di permukaan air,” katanya dalam kenyataan.
Johari berkata bedah siasat di Hospital Tapah mendapati punca kematian disebabkan lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Beliau menasihatkan orang ramai yang mengunjungi kawasan rekreasi air terjun sentiasa mengutamakan keselamatan diri.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests