KERAJAAN KAJI KEMUNGKINAN HARAMKAN ROBLOX, UMI – NANCY SHUKRI
Kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk mengharamkan aplikasi permainan dalam talian popular Roblox dan UMI, susulan kebimbangan mengenai keselamatan dan kandungan yang mempengaruhi golongan muda.
KUCHING: Kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk mengharamkan aplikasi permainan dalam talian popular Roblox dan UMI, susulan kebimbangan mengenai keselamatan dan kandungan yang mempengaruhi golongan muda.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan, dengan keputusan muktamad akan mengambil kira langkah bakal diambil oleh Australia yang merancang melaksanakan peraturan baharu terhadap Roblox pada Disember ini.
“Kita masih menunggu dan melihat bagaimana Australia melaksanakan peraturan itu. Mereka sedang merancang, tetapi belum dilaksanakan.
“Malaysia akan menilai sama ada pendekatan itu sesuai dengan keadaan dan budaya tempatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera parah akibat dikelar abangnya yang berusia sembilan tahun dengan objek tajam di Kampung Parit Nipah, Parit Raja, Batu Pahat pada Isnin lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad pada satu sidang media tiga hari lepas dilaporkan berkata motif masih dalam siasatan, namun siasatan awal mendapati abang mangsa berkemungkinan mencederakan adiknya selepas permainan Roblox yang dimainkan terganggu dan semua ‘point’ dikumpulnya hilang.
Sementara itu, kerajaan Australia sedang meneliti sekatan penggunaan Roblox bagi pengguna berusia 16 tahun ke bawah, atas kebimbangan bahawa platform tersebut boleh memberi pengaruh negatif serta dikaitkan dengan beberapa insiden yang mencetuskan perhatian masyarakat antarabangsa.
Menurut Nancy, pelaksanaan dasar di Australia akan dipantau terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan rasmi mengenai aplikasi tersebut.
“Memang benar, perkembangan teknologi seperti ini ada pengaruhnya terhadap kes-kes yang berlaku. Sebab itu kita perlu berhati-hati dan belajar daripada negara lain sebelum membuat keputusan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager