BUDI95: TIADA PELANGGARAN UNDANG-UNDANG DALAM ISU KUANTITI PETROL RON95
Tiada sebarang pelanggaran undang-undang dikesan berhubung dakwaan pengguna menerima kuantiti minyak petrol RON95 yang kurang daripada sepatutnya selepas pelaksanaan inisiatif subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
PUTRAJAYA: Tiada sebarang pelanggaran undang-undang dikesan berhubung dakwaan pengguna menerima kuantiti minyak petrol RON95 yang kurang daripada sepatutnya selepas pelaksanaan inisiatif subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam berkata kementerian mengambil serius beberapa hantaran di media sosial yang mendakwa pengguna menerima petrol RON95 dalam kuantiti kurang dan berkualiti rendah.
Susulan itu, Azman berkata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali telah mengarahkan siasatan segera dijalankan secara telus demi melindungi hak pengguna.
“Sehingga kini KPDN telah menerima enam aduan berkaitan kekurangan kuantiti minyak petrol RON95 dan tiada aduan rasmi diterima berkaitan isu kualiti rendah,” katanya.
Azman berkata pegawai penguat kuasa KPDN telah menjalankan siasatan dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dakwaan itu, termasuk pemeriksaan ke atas pam minyak dan semakan rekod jualan.
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan BUDI95 tidak melibatkan sebarang perubahan terhadap kuantiti atau kualiti petrol RON95 yang dijual kepada pengguna.
“Pemeriksaan berterusan akan diadakan termasuk pengambilan sampel secara rawak dan pengujian ketepatan sukatan,” katanya.
Azman berkata mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan berkaitan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730).
Akta itu memperuntukkan syarikat yang disabit kesalahan boleh didenda hingga RM250,000 atau RM500,000 bagi kesalahan berulang, manakala individu boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan isu ini digalakkan menyalurkan laporan rasmi melalui WhatsApp 019-848 8000, talian 1-800-886-800, e-mel eaduan@kpdn.gov.my atau aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked