Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MENGAMUK DI SEKOLAH HANYA LATIHAN DEMONSTRASI KESELAMATAN

DALAM NEGARA

LELAKI MENGAMUK DI SEKOLAH HANYA LATIHAN DEMONSTRASI KESELAMATAN

Polis mengesahkan video tular memaparkan lelaki membawa sebatang kayu dan mengamuk di kawasan sebuah sekolah di sini dua hari lepas merupakan sebahagian daripada latihan demonstrasi keselamatan sekolah terbabit.

SEREMBAN: Polis mengesahkan video tular memaparkan lelaki membawa sebatang kayu dan mengamuk di kawasan sebuah sekolah di sini dua hari lepas merupakan sebahagian daripada latihan demonstrasi keselamatan sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak lagi membuat kenyataan dan spekulasi tidak berasas berkenaan video berkenaan.

“Hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah di Sikamat dan pihak sekolah mengesahkan ia merupakan sebahagian daripada latihan demonstrasi keselamatan yang dijalankan pada 1 Feb lepas di sekolah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 1.03 minit memaparkan seorang lelaki membawa sebatang kayu mengamuk dalam kawasan sekolah kerana anaknya dipukul oleh guru sehingga menimbulkan salah faham awam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading