MAHKAMAH BENAR PELEPASAN SEMENTARA PASPORT AHMAD ZAHID
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan pelepasan sementara pasport Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk beliau memohon pasport diplomatik bagi membolehkan beliau menjalankan tugas rasmi.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan pelepasan sementara pasport Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk beliau memohon pasport diplomatik bagi membolehkan beliau menjalankan tugas rasmi.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan timbalan perdana menteri supaya pasportnya dikembalikan secara kekal kepada beliau, bagi membolehkan beliau menjalankan tugas.
“Ini adalah permohonan pihak pendakwaan yang saya bersetuju bahawa tertuduh (Ahmad Zahid) berhak mendapat semula pasportnya bagi tujuan memohon pasport diplomatik dan selepas itu pasport perlu dikembalikan kepada mahkamah.
“Permohonan pemohon supaya pasportnya dilepaskan secara kekal ditolak,” kata hakim.
Pada 26 Jan lepas, Ahmad Zahid memohon untuk mendapatkan semula pasportnya secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi sebagai timbalan perdana menteri.
Pasport itu sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan selepas beliau didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi, yang kini prosidingnya di peringkat pembelaan.
Hakim Sequerah dalam keputusannya berkata Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menetapkan semua individu adalah sama di sisi undang-undang.
“Tidak ada keistimewaan bagi individu atau golongan yang boleh melangkaui undang-undang,” katanya.
Hakim itu berkata mahkamah menyedari hakikat bahawa sebagai timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid mempunyai tugas rasmi untuk dilaksanakan, tetapi tugas itu tidak boleh bertentangan dengan tugas untuk pergi ke mahkamah kerana mahkamah juga mempunyai fungsi untuk melaksanakannya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob berkata pihak pendakwaan tidak membantah permohonan Ahmad Zahid supaya pasport antarabangsanya dikembalikan secara kekal kepada beliau.
Bagaimanapun, beliau berkata selepas pasport diplomatik dikeluarkan, Ahmad Zahid perlu memulangkan pasport peribadinya kepada mahkamah.
Menerusi afidavit sokongan permohonan itu, Ahmad Zahid, 70, berkata pasport tersebut diperlukan kerana ia adalah syarat dalam proses permohonannya untuk mendapatkan pasport diplomatik daripada Jabatan Imigresen, bagi tujuan pergerakan rasmi keluar dan masuk negara.
“Adalah wajar untuk mahkamah mempertimbangkan bahawa kelulusan permohonan itu bakal memberi kebaikan serta kelangsungan terhadap pentadbiran Malaysia yang menjadi tanggungjawab setiap rakyat di negara ini,” katanya menerusi afidavit itu.
Prosiding pembelaan Ahmad Zahid telah ditetapkan bersambung semula pada 10 April. Pihak pembelaan telah memanggil enam saksi termasuk Ahmad Zahid.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Ahmad Zahid.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked