Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI NEPAL DIDAKWA BUNUH IBU DAN ANAK DI JURU

DALAM NEGARA

LELAKI NEPAL DIDAKWA BUNUH IBU DAN ANAK DI JURU

Seorang lelaki warga Nepal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita dan anaknya di Kampung Sekolah Juru, bulan lepas.

Sumber: BERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga Nepal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita dan anaknya di Kampung Sekolah Juru, bulan lepas.

Dinesh Kumar Mandal, 35, mengangguk faham sebaik kedua-dua pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Hindi di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa membunuh Sariya Che Hin, 51, dan Nur Afrina Abdul Rahim, 11, antara 12.30 tengah hari hingga 7.30 malam pada 18 Okt lepas di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru di sini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan mukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, dia akan dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Anis Suhada Rosli tidak menawarkan sebarang jaminan.

Mahkamah menetapkan 26 Jan depan untuk sebutan semula bagi laporan bedah siasat, forensik dan kimia.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading