Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LELAKI PASANG BENDERA PARTI MAUT DILANGGAR LARI LORI

DALAM NEGARA

LELAKI PASANG BENDERA PARTI MAUT DILANGGAR LARI LORI

Seorang lelaki maut dipercayai dilanggar lari semasa memasang bendera parti di Jalan Kuala Sawah-Rantau berhampiran Kampung Belangkan, Seremban petang semalam.

SEREMBAN: Seorang lelaki maut dipercayai dilanggar lari semasa memasang bendera parti di Jalan Kuala Sawah-Rantau berhampiran Kampung Belangkan, di sini petang semalam.

Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 6:40 petang itu melibatkan sebuah lori dan mangsa berusia 23 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Yatim Osman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila seorang lelaki berada di bahu kiri jalan arah ke Rantau sedang menjalankan kerja-kerja memasang bendera parti.

“Secara tiba-tiba sebuah kenderaan dipercayai lori jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti telah melanggar tiang papan tanda dan pejalan kaki tersebut yang berada di bahu jalan.

“Lori tersebut dipercayai meninggalkan lokasi kejadian sejurus kemalangan dan usaha mengesan pemandu terlibat serta saksi masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, perlanggaran tersebut mengakibatkan mangsa telah terjatuh di bahu jalan dan mengalami kecederaan di bahagian muka serta kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin (019- 4611794) dan Bilik Gerakan IPD (06-6033222) atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading