Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KEPALA AIR: 39 LOKASI BERISIKO DI KEDAH

DALAM NEGARA

KEPALA AIR: 39 LOKASI BERISIKO DI KEDAH

“Secara keseluruhan, sebanyak 39 lokasi berisiko kepala air dikenal pasti di seluruh Kedah, antaranya hutan lipur Puncak Janing dan air Terjun Sungai Seraya di Kuala Nerang; air terjun Telaga Tujuh, air terjun Temurun dan Lubuk Semilang di Langkawi, serta air terjun Bukit Hijau, air panas Ulu Legong, lata Celak Simpoi dan Lubuk Badak di Baling.”


ALOR SETAR: Sungai Sedim di Kulim dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak 2024 sehingga kini berlaku di kawasan rekreasi tersebut.

Enam lagi kejadian kepala air berlaku di kawasan rekreasi Lubuk Kawah, Yan; Changlun; Lata Mengkuang, Sik; Lata Bayu dan Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil di Baling serta air terjun Lubuk Semilang, Langkawi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Awang Hidzel Awang Bujang berkata, daripada keseluruhan kejadian itu, seramai 12 mangsa disahkan meninggal dunia, manakala empat berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas pasukan penyelamat serta agensi berkaitan.

Kejadian paling tragis berlaku pada Jumaat lalu di Sungai Sedim apabila tiga mangsa meninggal dunia namun tiga berjaya diselamatkan.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, tragedi di Sungai Sedim sukar diramal kerana keadaan cuaca di lokasi rekreasi itu ketika kejadian kelihatan baik.

“Secara keseluruhan, sebanyak 39 lokasi berisiko kepala air dikenal pasti di seluruh Kedah, antaranya hutan lipur Puncak Janing dan air Terjun Sungai Seraya di Kuala Nerang; air terjun Telaga Tujuh, air terjun Temurun dan Lubuk Semilang di Langkawi, serta air terjun Bukit Hijau, air panas Ulu Legong, lata Celak Simpoi dan Lubuk Badak di Baling,” katanya.

Daerah Baling merekodkan bilangan tertinggi iaitu sembilan lokasi berikutan bentuk muka bumi yang berbukit, mempunyai gunung, jeram, air terjun dan sungai yang terdedah kepada fenomena berkenaan terutama ketika hujan lebat di kawasan hulu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading