Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TERBANG DARI JB, DICEKUP DI KUCHING BERSAMA DADAH RM1.32 JUTA

DALAM NEGARA

TERBANG DARI JB, DICEKUP DI KUCHING BERSAMA DADAH RM1.32 JUTA

“Modus operandi kes ini adalah dengan membawa masuk dadah berbahaya melalui penerbangan domestik dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak. Suspek kemudiannya menanggalkan tag bagasi bagi mengelakkan diri mereka dikesan oleh pihak berkuasa sebagai pemilik bagasi berkenaan,”

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya mematahkan dua cubaan menyeludup masuk dadah berbahaya bernilai lebih RM1.32 juta menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dan menahan dua lelaki warga tempatan dalam operasi berasingan pada 9 Julai lalu

Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Norizan Yahya berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas dikesan bertindak mencurigakan sejurus tiba di Kuching menerusi penerbangan domestik dari Johor Bahru.

Menurutnya, dalam kes pertama kira-kira jam 9.10 malam, seorang lelaki ditahan selepas dilihat membawa bagasinya ke tandas berhampiran ruang ketibaan sebelum menanggalkan tag bagasi dipercayai bagi mengelakkan identitinya dikesan sebagai pemilik bagasi berkenaan.

Hasil pemeriksaan ke atas bagasi itu menemukan 13 bungkusan teh cina yang disyaki mengandungi dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan anggaran berat sebanyak 13.2 kilogram dan nilai dianggarkan sebanyak RM660,000.

 

Manakala dalam kes kedua kira-kira 10 minit kemudian, sepasukan pegawai kastam daripada cawangan narkotik menahan seorang lagi lelaki yang tiba menerusi penerbangan sama selepas bertindak meninggalkan tag bagasi dan menyembunyikannya di dalam seluar.

Pemeriksaan ke atas bagasi suspek menemukan 13 bungkusan teh china mengandungi methamphetamine seberat 13.178 kilogram serta satu bungkusan mengandungi 83 biji pil eramin 5 dianggarkam bernilai lebih RM660,560.

“Modus operandi dalam kedua-dua kes ini adalah dengan membawa masuk dadah berbahaya melalui penerbangan domestik dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak. Suspek kemudiannya menanggalkan tag bagasi bagi mengelakkan diri mereka dikesan oleh pihak berkuasa sebagai pemilik bagasi berkenaan,” katanya

Secara keseluruhan, JKDM Sarawak merampas 26.378 kilogram methamphetamine dan 83 biji pil eramin 5 dengan nilai keseluruhan RM1.32 juta.

Kes disiasat mengikut seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 kali, jika sabit kesalahan.—AlHijrah Online

 

 

 


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading