LELAKI TUNGGANG MOTOSIKAL LAWAN ARUS DI LEBUH RAYA SUKE DIKENAL PASTI CEDERA KEMALANGAN
Beliau berkata suspek bertindak pulang ke rumah selepas insiden itu dan hanya mengetahui kes (kemalangan maut) berlaku setelah menonton berita di televisyen dan hebahan menerusi media sosial.
KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti individu yang menunggang motosikal melawan arus di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada Rabu lepas yang menyebabkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata lelaki tempatan berumur 41 tahun yang bekerja sebagai peniaga makanan itu telah tampil membuat laporan polis mengenai kemalangan berkenaan di Balai Trafik Kajang, semalam.
“Siasatan mendapati suspek dalam perjalanan dari Ampang untuk pulang ke rumah di Kajang tapi telah tersesat dan buat keputusan untuk memasuki jejambat Lebuhraya SUKE dengan melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan berkenaan.
“Akibat kemalangan, suspek juga terjatuh dari motosikalnya dan mengalami kecederaan patah di bahagian bahu kanan, patah jari kelingking, luka di bahu kiri dan kaki kanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek bertindak pulang ke rumah selepas insiden itu dan hanya mengetahui kes (kemalangan maut) berlaku setelah menonton berita di televisyen dan hebahan menerusi media sosial.
Mohd Azam berkata untuk tujuan siasatan, pihak polis telah merampas motosikal jenis Yamaha miliknya dan beberapa barangan lain serta merakam percakapan suspek serta lima individu lain.
“Bagaimanapun suspek tidak ditahan kerana masih lemah akibat kecederaannya,” katanya.
Mohd Azam berkata kedua-dua motosikal terlibat dalam kemalangan berkenaan akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut.
Dalam kejadian tengah hari Rabu lepas, mangsa Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, meninggal dunia selepas terjatuh dari jejambat Lebuhraya SUKE dengan ketinggian 30 meter akibat mengelak daripada melanggar sebuah motosikal yang melawan arus.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan menyebabkan kematian. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests