HARIMAU BETINA CEDERA TERKENA JERAT PEMBURU HARAM DISELAMATKAN DI GUA MUSANG
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor harimau belang betina seberat 80 kilogram yang cedera terkena jerat pemburu haram berhampiran Ladang Metro NTT, Pos Blau di Gua Musang, semalam.
KOTA BHARU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor harimau belang betina seberat 80 kilogram yang cedera terkena jerat pemburu haram berhampiran Ladang Metro NTT, Pos Blau di Gua Musang, semalam.
Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata terdahulu, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada kakitangan ladang berkenaan.
Beliau berkata operasi menyelamatkan Harimau Malaya itu dilakukan oleh kakitangan Bahagian Konservasi Hidupan Liar, Ibu Pejabat Perhilitan Kuala Lumpur dan Kelantan serta Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan dan Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan.
“Lokasi kedudukan harimau itu sukar diakses kerana terletak di kawasan berkecerunan tinggi di tebing sungai selain hujan lebat menyebabkan pihak kami menggunakan motobot bagi meninjau keadaan haiwan liar itu.
“Operasi menyelamatkan harimau itu dilakukan pada 10.30 pagi setelah maklumat kedudukan dan keadaan haiwan liar berkenaan diperoleh dengan jelas melalui penggunaan dron. Ubat pelali telah digunakan untuk menidurkan sementara haiwan liar itu bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Mohamad Hafid berkata siasatan mendapati harimau terbabit telah terkena jerat pada pergelangan kaki kiri hadapan dan rawatan pemeriksaan fizikal serta pengambilan sampel darah telah dilakukan.
“Operasi itu mengambil masa tiga jam dengan melibatkan 21 kakitangan dan harimau itu dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan untuk rawatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata Seksyen 29 (1) dalam Akta A1646 telah menyatakan mana-mana individu atau kumpulan tidak boleh memiliki,menyimpan, memasang, meletakkan atau menggunakan mana-mana jerat kecuali bagi maksud menjalankan penyelidikan atau kajian ke atas mana-mana hidupan liar.
“Mana-mana individu atau pihak yang melanggar (akta itu) boleh disabitkan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM100,000 dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.