QAYYIM PECAH REKOD, QARI OKU PERTAMA JOHAN TILAWAH KEBANGSAAN
Kejayaan anak sulung dari enam adik beradik yang berasal dari Kelantan itu menjadikannya qari pertama dalam kalangan OKU yang menjadi juara tilawah peringkat Kebangsaan.
Muhammad Qayyim Nizar dan sekeluarga. Sumber Gambar: alhijrahnews.com
BUTTERWORTH: Kemenangan Qari Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dalam Majlis Tilawah dan Hafazan peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2023 memecahkan rekod pertandingan yang diadakan sejak 1947 itu.
Kejayaan anak sulung dari enam adik beradik yang berasal dari Kelantan itu menjadikannya qari pertama dalam kalangan OKU yang menjadi juara tilawah peringkat Kebangsaan.
Turut dinobatkan Qariah dari negeri Terengganu Nor Hidayah Abd Rahman sebagai Johan Tilawah Kebangsaan bagi kategori wanita.
Muhammad Qayyim (kiri) dan Nor Hidayah (kanan). Sumber Gambar: alhijrahnews.com
Kedua-dua mereka akan membawa pulang masing-masing hadiah wang tunai RM20,000, beserta piala iringan dan tambahan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji.
Muhammad Qayyim, 25 dan Nor Hidayah, 32, akan mewakili Malaysia ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang akan diadakan pada 20 hingga 26 Ogos di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
Naib johan bagi kategori tilawah dimenangi Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan (Johan Menunggu) dan qariah dari Selangor, Nor Ruzana Natiah Jaafar, manakala tempat ketiga dimenangi qari dari Negeri Sembilan, Mohamad Husaini dan qariah dari Johor, Nurul Nadiah Hashim.
Ahmad Ikmal (kiri) dan Dian Karisma (kanan). Sumber Gambar: alhijrahnews.com
Bagi kategori hafazan, peserta Johor, Ahmad Ikmal Mohd Ridhuan diumumkan johan hafiz bagi kategori 1 hingga 30 juzuk berserta tafsir, manakala peserta Sabah, Dian Karisma Mohd Japar dinobatkan johan hafizah, masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000, piala iringan serta tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan haji.
Hafiz dari Terengganu, Muhammad Fakhrurazi Yahaya dan hafizah dari Melaka, Dina Hadfina Mohd Umarul Hisyam dinobat johan bagi kategori 1 hingga 20 juzuk.
Kategori 1 hingga 10 juzuk berserta tarannum pula dimenangi hafiz dari Wilayah Persekutuan, Muhammad Fahmi Shari dan hafizah dari Melaka, Siti Nabilah Zamri.
Sementara itu Negeri Sembilan dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan MTHQK 2023.
MTHQK pada tahun ini berlangsung selama enam hari di Pusat Konvensyen, Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa (PICCA), Arena Butterworth dengan penyertaan 108 peserta tilawah dan hafazan mewakili 14 negeri.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
Pingback: QARI OKU KELANTAN, QARIAH TERENGGANU JOHAN TILAWAH AL-QURAN KEBANGSAAN 2023 – ALHIJRAH ONLINE