Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENULARAN VIDEO KEJADIAN TEMBAK DI BANDAR SUNWAY, POLIS BUKA KERTAS SIASATAN

DALAM NEGARA

PENULARAN VIDEO KEJADIAN TEMBAK DI BANDAR SUNWAY, POLIS BUKA KERTAS SIASATAN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan berhubung penularan video kejadian kes tembak yang menyebabkan seorang lelaki maut di Bandar Sunway, Subang Jaya, Rabu lepas.

KUALA LUMPUR:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan berhubung penularan video kejadian kes tembak yang menyebabkan seorang lelaki maut di Bandar Sunway, Subang Jaya, Rabu lepas.

 Ketua Polis Daerah Subang JayaACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya sedang mengesan individu yang menularkan video hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan telefon bimbit yang dikesan tular di media sosial sejak petang semalam.

“Laporan polis telah dibuat berkaitan video yang tular tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Wan Azlan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut dan sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang akan dikenakan tindakan mengikut peruntukan sedia ada.

Pemeriksaan Bernama mendapati terdapat tiga video berkaitan peristiwa itu telah tular antaranya melibatkan rakaman CCTV yang memaparkan tiga suspek bertopeng memasuki sebuah kedai alat aksesori telekomunikasi sebelum seorang daripadanya menembak mangsa dari jarak dekat.

Video kedua dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit menunjukkan mangsa tertiarap berlumuran darah di lantai premis berkenaan manakala video ketiga memaparkan dua buah kereta yang dinaiki suspek meninggalkan tempat kejadian.

Dalam insiden 1.35 tengah hari itu, mangsa lelaki berusia 32 tahun yang mempunyai dua rekod jenayah lampau maut terkena dua das tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat.

Mangsa disahkan meninggal dunia apabila tiba di Hospital Serdang dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading