Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA BERANAK MELECUR ANGKARA GAS OKSIGEN MASIH DIRAWAT

DALAM NEGARA

TIGA BERANAK MELECUR ANGKARA GAS OKSIGEN MASIH DIRAWAT

Tiga beranak yang melecur selepas kereta Proton Wira yang dinaiki meletup dan terbakar dihadapan sebuah premis di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Lorong Perak 22, Selasa lalu, masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

ALOR SETAR: Tiga beranak yang melecur selepas kereta Proton Wira yang dinaiki meletup dan terbakar dihadapan sebuah premis di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Lorong Perak 22, Selasa lalu, masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata dua mangsa, Tuah Omar, 54 yang melecur 70 peratus dan anaknya, Muhamad Firdaus Syawal Abdullah, 5 yang melecur 60 peratus dalam keadaan stabil dan sedang ditidurkan.

Sementara itu, isterinya, Noor Azlina Abu Bakar, 34, yang melecur 30 peratus dirawat di Unit Kebakaran HSB.

“Anak kepada pasangan terbabit, Muhamad Firdaus Syawal pula dirawat di Wad Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HSB,” Katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa tiga beranak melecur selepas kereta Proton Wira yang dinaiki mereka meletup dihadapan sebuah premis di Taman Industri Ringan Mergong, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 12:30 tengah hari itu, tiga beranak berkenaan datang ke premis untuk mengisi dua tong gas oksigen bantuan pernafasan bagi kegunaan sendiri.

Bagaimanapun, tog gas terbabit dipercayai meletup ketika mangsa meletakkannya dalam kereta menyebabkan ketiga-tiga mangsa cedera akibat melecur.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading