Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEMBAH KLANG BERALIH KE FASA 2 PPN BERMULA 10 SEPTEMBER

DALAM NEGARA

LEMBAH KLANG BERALIH KE FASA 2 PPN BERMULA 10 SEPTEMBER

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula Jumaat ini (10 September).

Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang diadakan hari ini.

Jelasnya, kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki Fasa 2 seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Antara kelonggaran yang diberikan adalah rentas daerah dibenarkan kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin.

“Pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap divaksin dibenarkan untuk merentas negeri dan ibu bapa yang telah mendapat dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

“Dine-in dibenarkan di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin manakala aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan homestay bagi individu yang telah lengkap dua dos,” dalam kenyataannya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, jawatankuasa tersebut turut memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.

Justeru pergerakan antara negeri-negeri tersebut adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading