Connect with us

ALHIJRAH NEWS

VAKSINASI KEPADA REMAJA AKAN DIPERLUAS – KKM

DALAM NEGARA

VAKSINASI KEPADA REMAJA AKAN DIPERLUAS – KKM

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Vaksinasi kepada remaja akan diperluas setelah jumlah populasi dewasa lengkap vaksin di setiap negeri mencapai 80 peratus dan ke atas.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di Twitter.

Vaksinasi remaja kini mula dilaksanakan di Sarawak dengan diberikan kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun serta remaja 12 hingga 15 tahun yang berkomorbid.

Kumpulan tersebut akan menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer secara berperingkat bermula hari ini.

“Vaksinasi bagi remaja berusia 12 hingga 15 tahun yang sihat di Sarawak dijadualkan bermula pada penghujung September 2021 bergantung kepada stok bekalan yang akan diterima.

“Sarawak mensasarkan remaja 16 dan 17 tahun akan lengkap vaksinasi sebelum sesi persekolahan bermula pada 3 Oktober 2021,” dalam satu infografik yang dikongsi KKM.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melaporkan sejumlah 69.9 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi manakala 88.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi keseluruhan, Malaysia mencatatkan 49.9 peratus sudah lengkap divaksin manakala 63.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading