LIMA NEGERI CAPAI 100 PERATUS PEMBAYARAN BWI

KUALA LUMPUR: Lima negeri iaitu Kelantan, Wilayah Persekutuan, Melaka, Terengganu dan Perak telah telah mencapai 100 peratus pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pahang pula mencapai 65.5 peratus, Negeri Sembilan 82.7 peratus dan Selangor 47.6 peratus.

“Bagi mempermudahkan urusan agihan BWI agar lebih cepat dan efektif, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah menubuhkan Pusat Kawalan Komunikasi dengan pemantau harian dibuat secara langsung bermula 27 Disember 2021.

“Sehingga 2 Januari, BWI telah selesai diagihkan kepada seramai 28,258 (61.2 peratus) daripada 46,162 KIR. Bantuan telah berjaya diagihkan dalam tempoh 10 hari selepas mangsa terkesan banjir berbanding tiga hingga enam bulan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya daripada 51 kematian akibat bencana banjir yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 2 Januari 2022, seramai 38 waris mangsa telah pun menerima BWI Pengurusan Kematian. – AlHijrah Online

Leave a Reply