LIMA PAKEJ PROJEK LEBUH RAYA KOTA BHARU-KUALA KRAI DALAM PEMBINAAN
Lima pakej dalam Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sedang dalam pembinaan manakala dua pakej lagi sudah siap sepenuhnya, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan Datuk Azami Mohd Nor.
KOTA BHARU: Lima pakej dalam Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sedang dalam pembinaan manakala dua pakej lagi sudah siap sepenuhnya, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan Datuk Azami Mohd Nor.
Beliau berkata projek pembinaan sepanjang 66.88 kilometer (km) yang dipecahkan kepada tujuh pakej itu, menelan kos RM2.33 bilion.
“Pakej 1B iaitu Pasir Hor ke Kadok dan Pakej 2A iaitu Kadok ke Ketereh sudah siap sepenuhnya dan telah digunakan.
“Sementara Pakej 2B iaitu Ketereh ke Kok Lanas masih dalam peringkat pembinaan dan kemajuan bagi pakej ini berdasarkan jadual sudah 100 peratus, namun yang sebenar masih 80 peratus. Pakej ini berjalan dalam tempoh denda iaitu RM30,000 sehari,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, hari ini.
Bagaimanapun, Azami berkata Jabatan Kerja Raya sudah mengeluarkan pengakuan kerja tidak siap kepada pihak kontraktor yang terlibat
“Bagi pakej 3B iaitu dari Kampung Berangan Mek Nab ke Kampung Keruh ia dahulunya merupakan pakej lebuh raya rakyat membabitkan 10 km dan sudah diserahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk disiapkan.
“Kerajaan pusat sudah bersetuju mengambil alih pembinaan namun tanpa hutang. Kita berhutang sebanyak RM60 juta dan kita berharap jasa baik kerajaan supaya mengambil projek berkenaan termasuk dengan hutang,” katanya.
Menurutnya bagi pakej 2C (Kok Lanas-Machang) dan 3A (Machang ke Bukit Tiu) pula dijangka siap pada 5 Mac 2026 kerana mengalami kelewatan 44 peratus daripada tempoh yang ditetapkan.
“Bagi pakej 3C dari Kampung Keruh ke Kuala Krai pula kemajuan kerja bagi pakej ini adalah 6.23 peratus dan dijangka siap pada 26 Dis 2025,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.