Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS CARI WANITA CURI BARANGAN JEMAAH MASJID

DALAM NEGARA

POLIS CARI WANITA CURI BARANGAN JEMAAH MASJID

Polis sedang mengesan seorang wanita disyaki mencuri barangan peribadi milik jemaah wanita di Masjid Taman Temerloh Jaya, di sini semalam.

TEMERLOH: Polis sedang mengesan seorang wanita disyaki mencuri barangan peribadi milik jemaah wanita di Masjid Taman Temerloh Jaya, di sini semalam.

Tindakan wanita yang lengkap memakai telekung itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid tersebut sebelum videonya ditularkan di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, suspek telah membuka beberapa beg milik jemaah wanita sebelum mengambil barangan berharga ketika jemaah sedang mengerjakan solat Isyak.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu berlaku pada 18 Mac lalu dan pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian pada 19 Mac.

Katanya berdasarkan rakaman itu, kejadian dipercayai berlaku pada jam 8.48 malam melibatkan suspek perempuan berumur lingkungan 40-an sedang mencuri barang milik jemaah di masjid itu serta menaiki kereta jenis Proton Wira.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian berjumlah RM3,500.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Polis sedang giat menjalankan usaha untuk mengesan suspek dan orang ramai mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh atau mana-mana polis berdekatan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading