Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT LELAKI LEMAS KETIKA MEMANCING DITEMUKAN PAGI TADI

DALAM NEGARA

MAYAT LELAKI LEMAS KETIKA MEMANCING DITEMUKAN PAGI TADI

Seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai dibawa arus deras ketika memancing di Sungai Lebir, di sini Ahad lepas, ditemukan lemas pada pukul 7.24 pagi tadi.

KUALA KRAI: Seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai dibawa arus deras ketika memancing di Sungai Lebir, di sini Ahad lepas, ditemukan lemas pada pukul 7.24 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Suzaimi Mohamed berkata mayat Mohd Zulkifli Salleh yang berasal dari Kampung Slow Machang, Sungai Sok itu dijumpai oleh pasukan polis dan bomba dalam keadaan terapung pada jarak 1.2 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

“Dalam kejadian pukul 4.05 petang Ahad, kami telah menerima aduan berkenaan kejadian seorang lelaki yang dipercayai lemas di Sungai Lebir, Manek Urai. Mangsa dikatakan sedang memancing dan mandi bersama tiga rakannya di sungai berkenaan. 

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan selama tiga hari dengan bantuan bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung sekitar sebelum mayat mangsa ditemukan pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk bedah siasat dan proses selanjutnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading