Lima termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM58.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kluang, Johor 11.30 malam tadi.
Dua daripada empat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di KM58.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Simpang Renggam, sebuah lori dan sebuah Honda Stepwagon Spada dilaporkan terbakar akibat perlanggaran tersebut. Lima termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun, maut dalam kemalangan di KM58.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini, 11.30 malam tadi (27 Mac). –fotoBERNAMA
KLUANG: Lima termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM58.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kluang, Johor 11.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kemalangan itu melibatkan sebuah lori jenis Volvo, kereta Toyota Camry, Proton X50 dan Honda Stepwagon Spada.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan terjadi apabila tayar hadapan lori yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur telah pecah, menyebabkannya hilang kawalan dan bergesel dengan Toyota Camry yang berada di arah yang sama.
“Akibat pergeseran itu, lori telah terbabas dan menyeberang ke laluan bertentangan, seterusnya berlanggar dengan dua kenderaan iaitu Proton X50 dan Honda Stepwagon Spada.
“Perlanggaran itu juga mengakibatkan Honda Stepwagon Spada terbakar namun kesemua mangsa dalam kenderaan sempat dikeluarkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bahrin berkata mangsa yang meninggal dunia di lokasi ialah pemandu dan penumpang Proton X50, Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23, dan seorang lelaki berusia 20-an yang masih belum dikenali identitinya.
“Mangsa maut Honda Stepwagon Spada di lokasi pula ialah seorang kanak-kanak berusia dua tahun iaitu Mariam Nasaarudin. Pemandu dan penumpang hadapan Honda Stepwagon Spada yang juga ibu bapa kanak-kanak itu Nasaarudin Pardi, 36, dan Siti Khazira Bani, 35, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
“Lapan lagi yang cedera dalam kemalangan itu dibawa ke hospital. Kesemua mangsa dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di sini dan hospital di Kulai,” katanya.
Beliau berkata seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga pemandu lori ditahan susulan kemalangan maut itu.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Renggam PBK II Shoromi Salih berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.48 malam dan seramai 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Operasi ini turut melibatkan sebuah jentera LFRT, sebuah FRT dan sebuah EMRS yang bertindak memadam kebakaran dan mengeluarkan mangsa yang telah disahkan meninggal dunia dan tersepit di dalam sebuah kenderaan,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada pukul 1.24 pagi,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests