LZS MENYEBARLUASKAN PENDIDIKAN ZAKAT DI 553 SEKOLAH
Langkah itu diambil sebagai strategi jangka masa panjang yang memupuk karakter dan budaya masyarakat dalam meletakkan zakat sebagai ibadah penting selain menyuntik kesedaran dalam kalangan generasi muda.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (tiga, kanan) melancarkan Modul Pendidikan Zakat Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam hari ini. — fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyebarluaskan pendidikan zakat dalam kalangan pelajar sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi Modul Pendidikan Zakat Selangor yang diperkenalkan tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS Sabirin Mohd Sarbini berkata modul itu melibatkan 553 sekolah membabitkan sekolah rendah, menengah serta Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bermula Mac lepas.
Beliau berkata langkah itu diambil sebagai strategi jangka masa panjang yang memupuk karakter dan budaya masyarakat dalam meletakkan zakat sebagai ibadah penting selain menyuntik kesedaran dalam kalangan generasi muda.
“Modul Pendidikan Zakat Selangor ini digunakan bagi sesi pembelajaran 268,412 pelajar sekolah rendah (251, 456) dan menengah (16,956) di bawah seliaan JAIS.
“Pelaksanaan pembangunan modul ini dibangunkan menggunakan peruntukan Fisabilillah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM248,000,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Turut hadir Mufti Selangor Datuk Anhar Opir dan Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.
Mengenai silibus zakat itu, Sabirin berkata ia terbahagi kepada lima modul membabitkan satu modul untuk pelajar sekolah rendah dan empat modul bagi pelajar sekolah menengah bermula tingkatan satu hingga empat merangkumi aspek penilaian peperiksaan.
“Antara isi kandungan lima modul ini merangkumi perkara asas seperti ibadah zakat, pengertian zakat, rukun zakat, jenis-jenis zakat, pengurusan zakat di Selangor (kutipan dan agihan), pengiraan zakat, prinsip agihan zakat, pengurusan amil, perundangan dan fatwa zakat.
“Kandungan modul ditulis dengan lengkap berserta rujukan, kajian dan hujahan yang menyokong setiap isi yang dibahaskan. LZS juga kerjasama dengan Bahagian Pendidikan Islam JAIS bagi memantau pelaksanaan modul dari semasa ke semasa,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager