LEBIH BANYAK GURU SECARA ‘ONE-OFF’ DITEMPATKAN TAHUN HADAPAN
Kementerian Pendidikan (KPM) akan meningkatkan pengambilan guru secara ‘one-off’ atau sekali pengambilan untuk penempatan tahun depan melalui kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang telah diperkenalkan.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menyampaikan ucapan pada sesi Wacana bersama Komuniti Orang Asli di Pusat Pentadbiran dan Pusat Komersial Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) hari ini. — fotoBERNAMA
SUNGAI SIPUT: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meningkatkan pengambilan guru secara ‘one-off’ atau sekali pengambilan untuk penempatan tahun depan melalui kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang telah diperkenalkan.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pihaknya menganggarkan jumlah pengambilan tersebut melebihi 4,000 siswazah yang biasanya diambil sepanjang tahun mengikut amalan biasa kementerian.
“Sebelum COVID-19, biasanya dalam tempoh setahun antara 4,000 hingga 5,000 siswazah diambil mengisi kekosongan. Apabila diperkenalkan sistem kluster, ia memberi kita (KPM) peluang untuk meningkatkan pengambilan.
“Jadi sekarang kita sedang berusaha menambah jumlah siswazah berbanding jumlah biasa dengan ia sedang diikhtiarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP),” katanya kepada pemberita selepas program wacana bersama komuniti Orang Asli di sini hari ini.
Dilapor, sejak KMP diperkenalkan, seramai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara ‘one-off’ telah dilantik dalam pengambilan khas bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM di bawah bidang kuasa SPP.
Radzi berkata antara masalah dikesan pihaknya berkaitan pengambilan guru ialah isu tunggakan dan tidak sepadan kelulusan yang dilihat telah berjaya diatasi sejak KMP diwujudkan.
“Tunggakan (pengambilan) sudah bertahun-tahun kerana isu dikatakan pada waktu itu adalah kekurangan bekalan guru manakala tidak sepadan pula diatasi dengan siswazah yang memiliki bidang pengkhususan utama tertentu boleh memohon untuk mengisi kekosongan mata pelajaran lain yang dikategorikan dalam kluster yang sama.
“Jadi melalui pendekatan ini kita akan dapat jumlah pengambilan yang lebih besar sebab itu kita dapat selesaikan dengan lebih tinggi peratusan pengambilan dan jumlah pengambilan itu sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Radzi berkata setakat ini terdapat 69 aduan berkaitan buli diterima sejak portal Aduan Buli dilancarkan Khamis lepas dan kesemua aduan itu sedang diteliti sebelum diambil tindakan.
“Menerusi portal ini, kita ada tiga platform untuk membuat aduan iaitu menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) kita terima sebanyak 28 aduan, dua diterima menerusi e-mel, 17 melalui panggilan telefon manakala 22 melalui aplikasi WhatsApp.
“Apa yang paling penting, sistem pelaporan ini kerahsiaan maklumat itu kita pegang, kita tidak mahu maklumat sulit ini terkeluar (bocor), nanti anak-anak pula diberikan tekanan. Oleh sebab itu, jika kita lihat kita mula mendapat aduan-aduan, ada aduan yang telah kita ambil tindakan dan aduan yang masih dalam siasatan,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests