SUNGAI PETANI: Sempena Aidiladha tahun ini, sejumlah 130 ekor lembu disediakan Murtadha Dakwah Centre (MADAD) untuk ibadah korban para penyumbangnya.
Pengarah Urusan MADAD, Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof berkata, lembu yang dikorbankan itu dipilih dari baka yang baik dan bersaiz besar.
Tambahnya selain penyembelihan di MADAD di Sungai Petani, Kedah ibadah korban turut dilaksanakan pertubuhan dakwah itu di Kuala Nerang untuk disumbangkan kepada golongan kurang berkemampuan.
Kesemuanya membabitkan 85 lokasi di Kedah.
“Tahun ini alhamdulillah sambutan yang kita terima amat luar biasa. Kita terpaksa bahagi kepada tiga hari untuk proses penyembelihan iaitu 30 ekor hari ini, 70 ekor esok di pusat penyembelihan kita di Kuala Nerang dan 30 ekor lagi lusa kita akan buat semula proses penyembelihan di MADAD.
“Semua lembu yang dikorbankan MADAD tahun ini beratnya 300 kilogram ke atas. Kalau ikut harga pasaran sekitar RM8,000 sekor tapi kita hanya kenakan bayaran RM5,000 sekor kepada peserta korban,” katanya ketika di temui hari ini.
Menurut Mohammad Yaakub, kali ini MADAD memperkenalkan pengurusan ibadah korban yang profesional dan sistematik.
Dalam perkembangan lain beliau memaklumkan antara usaha terbaru MADAD untuk menarik anak muda ke masjid ialah dengan melancarkan Kelab Budak Masjid.
Golongan itu akan diberikan sagu hati apabila mereka hadir untuk solat berjemaah di masjid yang juga salah satu inisiatif bantuan oleh MADAD.
“Kita tubuhkan Kelab Budak Masjid untuk anak-anak muda bila datang ke masjid kita beri sedikit duit belanja untuk persekolahan mereka. Usaha ini kita harap dapat dekatkan golongan itu dengan masjid,” katanya.
Ketika ini MADAD juga sedang membangunkan Murtadha Dakwah Centre iaitu sebuah pusat komuniti Islam yang dilengkapi masjid, rumah warga emas, pusat tahfiz integrasi, kapsul hotel, stadium e-sports, hub sukan sunah serta penyediaan khidmat pengurusan jenazah yang dilakukan secara percuma.
Untuk mereka yang mahu mengejar saham akhirat dengan bersama-sama menjayakan penubuhan Murtadha Dakwah Centre, boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank 5520 5980 7117 atas nama Murtadha Dakwah Centre, atau boleh klik link http://www.madadcentre.com serta boleh juga hubungi nombor hotline 014-601 9090 atau 014- 601 9494. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests