Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA MAUT DIPANAH PETIR KETIKA JARING KETAM DI PULAU MERAMBONG

DALAM NEGARA

REMAJA MAUT DIPANAH PETIR KETIKA JARING KETAM DI PULAU MERAMBONG

“Bapa mangsa tercampak ke hujung bot berdekatan enjin dan masih mampu menyelamatkan anaknya dengan menarik tangan mangsa sebelum dibantu oleh nelayan berhampiran,”

Bot dinaiki remaja yang maut dipanah petir ketika keluar menjaring ketam bersama bapanya berdekatan Pulau Merambong di Iskandar Puteri, pagi tadi. – Foto ihsan polis

ISKANDAR PUTERI: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas dipercayai dipanah petir ketika menjaring ketam bersama bapanya dengan menaiki bot di kawasan berhampiran Pulau Merambong di sini, pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala bapanya yang berusia 60 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hujan lebat ketika kejadian dan hanya mangsa berdua bersama bapanya di dalam bot berenjin 15 kuasa kuda. Kejadian berlaku ketika mangsa sedang mendapatkan pelampung untuk menarik jaring menangkap ketam yang dipasang pada hari sebelumnya. 

“Bapa mangsa tercampak ke hujung bot berdekatan enjin dan masih mampu menyelamatkan anaknya dengan menarik tangan mangsa sebelum dibantu oleh nelayan berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rahmat remaja yang berasal dari Kampung Ladang di Gelang Patah itu tidak bersekolah dan bekerja sebagai nelayan bersama bapanya.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading