MAKKAH: Isu ruang sempit dan sesak di Mina bukan hanya dihadapi jemaah haji Malaysia, namun turut melibatkan negara lain terutama semasa kuota penuh haji dan juga sekiranya ada kuota tambahan.
MAKKAH: Isu ruang sempit dan sesak di Mina bukan hanya dihadapi jemaah haji Malaysia, namun turut melibatkan negara lain terutama semasa kuota penuh haji dan juga sekiranya ada kuota tambahan.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Syed Hamadah Syed Othman berkata masalah itu dihadapi jemaah haji semua negara sejak sekian lama dan bukan isu yang baharu timbul.
Beliau berkata sempadan Arafah dan Mina ditetapkan oleh hukum dan tidak berubah dari dahulu, walaupun jumlah jemaah haji meningkat setiap tahun seiring dengan peningkatan jumlah rakyat di sesebuah negara.
“Ruang dan saiz di dalam sebuah khemah Mina di luar kawalan TH kerana kemudahan di Arafah dan Mina disediakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi untuk semua negara,” katanya dalam sidang media di sini bagi menjelaskan berhubung isu itu yang diperkatakan di media sosial dan dilapor sebuah portal berita berbahasa Inggeris.
Menurutnya perkara itu telah dimaklumkan semasa kursus haji di tanah air dan ketika taklimat Masyair oleh pihak pengurusan maktab TH, termasuk sentiasa menekankan keadaan tidur di Mina tidak dapat dilakukan secara terlentang disebabkan ruangan yang sempit.
Syed Hamadah menjelaskan kemudahan tilam diperkenalkan sejak tahun lalu turut merumitkan penerimaan jemaah haji terhadap ruang yang sempit kerana beranggapan satu tilam dibekalkan untuk seorang jemaah sedangkan situasi satu tilam satu jemaah hanya terpakai ketika berada di Arafah.
Beliau berkata TH telah mengambil inisiatif awal dengan memberikan sebahagian ruang pejabat dan penginapan petugas TH dan Muassasah kepada jemaah haji, selain membenarkan jemaah haji berulang alik dari Makkah, berdasarkan kesanggupan serta daya usaha mereka sendiri.
“Di samping itu, TH juga telah meningkatkan nisbah nafar awal (melontar jamrah pada dua dari tiga hari tasyrik) yang dahulunya hanya 10 peratus kepada 50 peratus pada tahun ini bagi mengatasi kesesakan di Mina,” katanya.
Syed Hamadah turut menafikan tuduhan bahawa TH tidak bertindak ke atas rungutan dan aduan kerosakan penyaman udara yang berlaku di khemah penginapan, dengan pengurusan maktab telah menghubungi pihak bertanggungjawab untuk segera membaik pulih kerosakan tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pihak Arab Saudi merancang meningkatkan infrastruktur dan kemudahan selaras Wawasan 2030 negara itu dalam menampung lima juta jemaah haji seluruh dunia.
Beliau berkata negara itu juga sedang melihat kepada aspek perkhidmatan yang disediakan agensi terlibat termasuk berkaitan pengangkutan, makanan dan kesihatan dalam memberikan keselesaan kepada jemaah haji.
“Jadi, kita akan memberikan maklum balas daripada pihak kita kepada pihak berwajib untuk melihat isu-isu yang kita hadapi sebagai negara yang datang untuk membuat haji. Mereka harus melihat bagaimana untuk mengatasinya bukan hanya jangka panjang tetapi dalam masa terdekat,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked