Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAGHRIBI JADI NEGARA ISLAM TERBAHARU JALIN HUBUNGAN DENGAN ISRAEL

DUNIA

MAGHRIBI JADI NEGARA ISLAM TERBAHARU JALIN HUBUNGAN DENGAN ISRAEL

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan Maghribi menjadi negara Arab kelima yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Melalui ciapan Trump di Twitter, Israel dan Maghribi bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik.

Presiden AS menyifatkan, hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tersebut merupakan satu kejayaan untuk keamanan di Asia Barat.

Antara ciapan yang dibuat oleh Donald Trump di akaun Twitter @realDonalTrump

Trump dan pemerintah Maghribi, Raja Mohammed VI masing-masing berhubung melalui telefon seperti yang disahkan oleh White House.

Raja Mohammed bersetuju untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel bagi melebarkan kerjasama kebudayaan serta ekonomi yang dijangka akan meningkatkan kestabilan serantau.

Dengan ‘kejayaan’ yang diperoleh Trump, Maghribi dan Israel masing-masing akan membuka pejabat perhubungan di Rabat dan Tel Aviv.

Dari sudut pandang lain, jalinan hubungan diplomatik ini dilihat membolehkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ‘melemahkan’ dunia Arab yang sebelum ini bersatu dalam memperjuangkan pencerobohan Palestin.

Setakat ini bakal pengganti Trump, Joe Biden, enggan memberikan sebarang komen berhubung jalinan hubungan diplomatik antara Maghribi dan Israel.

Sebelum ini negara Arab yang bersetuju untuk menamatkan persengketaan dengan Israel ialah Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.—AlHijrah Online / AFP


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading