MAHKAMAH KEKALKAN KEMENANGAN MAS ERMIEYATI DI PARLIMEN MASJID TANAH
MELAKA: Mahkamah Pilihan Raya Melaka hari ini mengekalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kawasan Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.
Gambar fail Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin. – Bernama
MELAKA: Mahkamah Pilihan Raya Melaka hari ini mengekalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kawasan Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.
Hakim Mahkamah Pilihan Raya Datuk Abu Bakar Katar menolak petisyen pilihan raya yang dikemukakan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Hakim Abdul Wahid untuk membatalkan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) itu selepas memutuskan pempetisyen gagal membuktikan wujud elemen rasuah pada kempen PRU15.
Pada 3 Jan lepas, Abdul Hakim memfailkan petisyen pilihan raya mendakwa rasuah dalam bentuk wang dan jamuan digunakan untuk memikat pengundi pada PRU15.
Mahkamah memerintahkan pempetisyen (Abdul Hakim) membayar kos berjumlah RM50,000 kepada Mas Ermieyati selaku responden.
Abu Bakar dalam penghakimannya berkata pempetisyen bergantung kepada dua alasan utama dalam petisyen iaitu berlakunya penyogokan wang oleh ejen responden semasa hari pengundian dan jamuan yang diadakan pada 3 Dis 2022.
“Mahkamah ini sedar Mahkamah Pilihan Raya tidak perlu mengambil pendekatan yang terlampau rigid hingga menggagalkan niat undang-undang untuk menjaga kesucian proses pilihan raya yang diadakan,” katanya.
Mahkamah juga katanya berpendapat responden tidak mempunyai pengetahuan atau memberi kebenaran kepada Pengerusi Armada Bersatu Akmal Zahin Zainal Zahir untuk hadir di premis dan memberi wang sogokan (jika dibuktikan) serta tiada keterangan mahkamah yang menunjukkan sepanjang PRU-15, Akmal Zahin secara aktif atau terang-terangan turut hadir berkempen di Masjid Tanah bagi memastikan kemenangan responden yang bertanding bagi PN.
“Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan, mahkamah berpendapat pempetisyen gagal membuktikan melampaui keraguan yang munasabah responden atau ejennya melakukan sogokan wang atau penjamuan sebagaimana yang diplidkan dalam petisyen pilihan raya sehingga boleh membatalkan kemenangan responden di Parlimen Masjid Tanah.
“Menurut Seksyen 36 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, mahkamah memutuskan responden telah dilapor dipilih dengan sewajarnya sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah dalam PRU15,” katanya.
Seramai 28 saksi memberi keterangan pada perbicaraan selama 13 hari dengan tiga saksi daripada pihak responden termasuk Mas Ermieyati manakala pempetisyen seramai 10 orang.
Sementara itu Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengetuai barisan peguam bagi pihak responden berkata pihaknya bersyukur dengan keputusan itu. Pempetisyen diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Pada 2 Mei lepas, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya bagi kawasan Parlimen Masjid Tanah dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh selepas membenarkan rayuan Abdul Hakim.
Abdul Hakim merayu terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya itu yang membatalkan petisyen pilihan rayanya untuk membatalkan kemenangan Mas Ermieyati iaitu Ketua Bersatu Masjid Tanah.
Pada PRU15 lalu, Mas Ermieyati menang dengan majoriti 4,411 undi dalam saingan empat penjuru selepas memperoleh 25,604 undi.
Beliau menewaskan Abdul Hakim yang memperoleh 21,193 undi, calon Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Mutalib Uthman (7,445 undi) dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Handrawirawan Abu Bakar (507 undi). — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests