PUTRAJAYA: Malaysia bertekad untuk menggunakan segala platform bagi menyokong Palestin dan menamatkan kekejaman di Gaza serta membawa Israel ke muka pengadilan, menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Isnin.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dijadual mengambil bahagian dalam Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), berhubung situasi di Asia Barat, termasuk isu Palestin di New York, Amerika Syarikat pada 23 Jan, demi menunjukkan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada Palestin.
“Di UNSC Menteri Luar akan mengulangi desakan Malaysia untuk gencatan senjata serta-merta, menentang perpindahan berterusan rakyat Palestin secara paksa dan menegaskan kepentingan penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa sebarang halangan untuk menangani pembinasaan kemanusiaan yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza.
“Malaysia akan mendesak supaya Israel bertanggungjawab ke atas tindakannya yang terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa,” kata Wisma Putra.
Menurut Wisma Putra, Menteri Lura akan mengesyorkan supaya negara Palestin secara rasminya diiktiraf sebagai negara anggota PBB dengan keahlian penuh. Usaha ini bertujuan untuk memajukan perjuangan hak mutlak mereka bagi menentukan nasib sendiri dan kemerdekaan dan kedaulatan yang telah lama dinafikan.
Cadangan itu menyokong penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Beliau juga dijadual bertemu dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada seruan terkini beliau untuk bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza dengan cepat, selamat, menyeluruh, berterusan dan tanpa halangan.
“Malaysia memperakui usaha-usaha di peringkat multilateral yang dilakukan untuk memberi tumpuan berterusan kepada Situasi di Palestin.
“Mendukung suara rakyat Malaysia untuk Palestin, Menteri Luar juga akan menyerahkan poskad khas dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anggota-anggota Kabinet kepada Setiausaha Agung PBB, menyeru PBB supaya menerima negara Palestin sebagai negara anggota PBB dengan keahlian penuh dan pada masa yang sama menggesa gencatan senjata serta-merta,” kata Wisma Putra.
Malaysia juga akan menyatakan sokongan kepada Sigrid Kaag semasa beliau menunaikan tanggungjawab sebagai Koordinator Kanan Kemanusiaan dan Pembinaan Semula Gaza.
Selain daripada usaha-usaha diplomatik, Malaysia juga terlibat dalam tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa mengenai isu Palestin.
Mohamad dijangka mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Pendengaran Awam bagi mendapatkan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai kesan perundangan yang timbul akibat daripada polisi dan pencabulan berterusan oleh Israel terhadap Wilayah Palestin yang Diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur yang akan diadakan di Peace Palace, The Hague, Belanda, bermula dari 19 Feb depan.
“Malaysia dijangka menyampaikan Kenyataan Lisan pada 22 Feb. Malaysia sebelum ini telah mengemukakan Kenyataan Bertulis pada 25 Julai, 2023 kepada ICJ yang memberi fokus kepada pencabulan hak rakyat Palestin untuk penentuan nasib sendiri (self-determination) oleh Israel,” kata Wisma Putra.
Menurut Wisma Putra proses bagi mendapatkan Pendapat Nasihat ICJ adalah susulan daripada Resolusi 77/247 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah diterima pakai pada 30 Disember, 2022 dan ditaja bersama oleh Malaysia.
Malaysia menyokong sepenuhnya tindakan undang-undang yang dikemukakan oleh Afrika Selatan terhadap Israel berkaitan pencabulan terhadap tanggungjawabnya di bawah Konvensyen 1948 membabitkan Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
Menurut Wisma Putra Malaysia juga sedang meneroka opsyen tersedia untuk menyokong kes itu dengan lebih lanjut.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager