LESEN B AUTOMATIK: HAD UMUR, TEMPOH PEMILIKAN LESEN B2 ANTARA PERLU DIPERTIMBANG – AHMAD ZAHID
Had umur dan tempoh pemilikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal adalah antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum cadangan naik taraf kepada lesen kelas B secara automatik dapat diputuskan.
PUTRAJAYA: Had umur dan tempoh pemilikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal adalah antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum cadangan naik taraf kepada lesen kelas B secara automatik dapat diputuskan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata perkara itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat terperinci dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.
“Apa yang kami bincangkan tadi, ada tempoh tertentu dari segi umur iaitu pemohon itu mesti berumur 35 tahun ke atas, keduanya memegang lesen B2 untuk satu tempoh yang tertentu, baru layak untuk mendapat B penuh. Perkara ini kita akan muktamadkan bila bermesyuarat dengan JPJ dan JSPT,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas Sesi Libat Urus Bersama Persatuan Motosikal Malaysia, di sini, hari ini
Isu lesen berkenaan dibangkitkan peserta sesi libat urus hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Ahmad Zahid pada bulan Ogos lepas mencadangkan supaya lesen memandu kelas B2 dinaik taraf kepada kelas B secara automatik, dan menurutnya perkara itu akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk diteliti terlebih dahulu.
JPJ mengklasifikasikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal tidak melebihi 250cc manakala kelas B membabitkan motosikal melebihi 500cc.
Loke pada sesi libat urus itu berkata keputusan menaik taraf kepada lesen B secara automatik tidak mudah kerana statistik JSPT menunjukkan kemalangan jalan raya paling banyak melibatkan mereka yang berumur dalam kalangan 16 hingga 35 tahun.
“Kita lihat data, kalau mereka yang baru dapat lesen B2 diberi lesen B, dia akan bertindak sewenang-wenangnya, kalau berumur sedikit mungkin lebih berpengalaman selain ada tanggungjawab kepada keluarga dan sebagainya,” kata Loke.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata jumlah kematian penunggang motosikal akibat nahas jalan raya pada tahun 2023 meningkat 10 peratus iaitu 4,480 kemalangan maut berbanding 4,071 kes pada tahun 2022.
“Tahun ini kita berazam untuk mengadakan beberapa program termasuk penguatkuasaan, pendidikan dan engagement dengan persatuan permotoran untuk turunkan kadar kematian kepada 50 peratus menjelang 2030,” katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata Jemaah Menteri bersetuju menggabungkan dua Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Pengangkutan iaitu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya dan Jawatankuasa Kabinet Keselamatan Jalan Raya.
“Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya pagi tadi, kita juga memutuskan untuk meningkatkan kekerapan mesyuarat daripada satu atau dua kali setahun kepada tiga kali setahun dengan tujuan mendapatkan maklumat-maklumat terbaharu terhadap soal keselamatan dan kesesakan jalan raya,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.