MALAYSIA HANTAR 100 KONTENA BANTUAN KE GAZA – AHMAD ZAHID
Malaysia menghantar sebanyak 100 kontena merangkumi 1,358 tan barangan terdiri daripada pelbagai sumbangan ke Gaza menerusi misi bantuan kemanusiaan keenam yang dilancarkan hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaminkan doa pada Majlis Pelancaran dan Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan 100 Kontena Malaysia ke Gaza di Pangkalan Udara Subang, hari ini. – Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia menghantar sebanyak 100 kontena merangkumi 1,358 tan barangan terdiri daripada pelbagai sumbangan ke Gaza menerusi misi bantuan kemanusiaan keenam yang dilancarkan hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 100 Kontena Malaysia Dari Kaherah ke Gaza itu yang diketuai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang dekat sini.
Beliau berkata Malaysia bertekad untuk membela nasib penduduk Gaza dan Palestin dalam apa jua keadaan malah kerajaan sentiasa menyusun serta menghulurkan bantuan di pelbagai peringkat membabitkan agensi dan organisasi seperti MAPIM.
“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga komited untuk membantu MAPIM menerusi penghantaran barang ini yang dibeli di Mesir khususnya di Kaherah.
“Jadi, urusan kerajaan dengan kerajaan akan diuruskan oleh Perdana Menteri sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelepasan misi bantuan itu.
Ahmad Zahid juga berkata Anwar dijangka menghubungi Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi untuk membincangkan misi bantuan yang dikendalikan MAPIM itu agar dapat memudahkan proses penghantaran sumbangan ke Gaza.
Perdana Menteri turut hadir untuk memberikan sokongan kepada MAPIM pada majlis pelepasan misi bantuan itu sebelum beliau berlepas ke Kuantan, Pahang atas urusan rasmi.
Ketua Aktivis MAPIM yang juga ketua misi berkenaan Sani Araby Abdul Alim Araby berkata kontena bantuan yang terdiri daripada bahan asas seperti tepung gandum, kotak makanan, barangan ibu dan bayi itu bernilai RM12 juta.
Beliau berkata sumbangan itu juga melalui pendanaan bersama enam badan bukan kerajaan (NGO) diketuai MAPIM dengan kerjasama Cinta Gaza Malaysia, Iman Care Malaysia, Pertubuhan Glokal Ihsan Malaysia, Persekutuan Persatuan Islam New Zealand dan Yayasan Al-Khair dari United Kingdom.
“Misi ini adalah satu usaha nasional yang dikelolakan oleh NGO dengan dibantu pihak Kerajaan Malaysia sebagai bukti bahawa biarpun kita kerdil atas peta dunia namun kita semua memiliki hati yang besar dan tidak pernah putus asa untuk membela Gaza,” katanya.
Misi bantuan itu membabitkan 20 anggota delegasi yang akan berada di Kaherah selama 10 hari untuk membuat segala persiapan serta proses penghantaran ke sempadan Rafah dan mereka dijangka pulang tiga hari sebelum Aidilfitri. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked