Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Kesembilan di Bangunan Perdana Putra hari ini. – Foto Bernama
PUTRAJAYA – Malaysia sedang mengkaji cadangan yang bertujuan
mengurangkan kos projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala
Lumpur-Singapura dan akan terus membincangkannya dengan Singapura
sebelum tempoh penggantungan berakhir pada 31 Mei, 2020, kata Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata keutamaan kerajaan ialah mengurangkan hutang
negara dan memastikan projek yang berdaya maju dari segi ekonomi dapat
menjana kadar pulangan yang boleh diterima.
“Terdapat manfaat ekonomi yang penting untuk meningkatkan jaringan pengangkutan awam antara kedua-dua negara.
“Bagaimanapun, projek itu perlu berdaya maju dan mampan,” katanya
pada sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee
Hsien Loong selepas Pemukiman Pemimpin Malaysia- Singapura Kesembilan,
di sini hari ini.
Lee berkata Singapura memahami Malaysia
memerlukan masa untuk mengkaji semula kos dan sebarang pilihan
alternatif, walaupun republik itu terus melihatnya sebagai projek yang
baik.
“Kami berharap untuk menerima cadangan daripada Malaysia
tidak lama lagi, sebagai usaha untuk bekerjasama dengan mereka dan
mencari jalan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara,”
katanya.
Menyentuh mengenai projek Sistem Transit Laju (RTS) Link
Johor Bahru-Singapura, Mahathir berkata Malaysia masih mencari
alternatif yang berpatutan dan mampan, manakala Singapura bersedia untuk
mempertimbangkan penggantungan projek itu.
Berhubung isu ini,
Lee, sekali lagi, berkata Singapura memahami kedudukan Malaysia dan ia
akan membangunkan perjanjian tambahan dengan segera.
Mengenai kesesakan lalu lintas di tambak yang menghubungkan Johor
Bahru dengan Singapura, Lee memetik Mahathir sebagai berkata RTS Link
tidak akan menyelesaikan masalah penunggang motosikal yang ingin
memasuki Singapura.
Beliau berkata Mahathir turut menegaskan
keperluan untuk meningkatkan kapasiti Kompleks Imigresen, Kastam dan
Kuarantin (CIQ) di kedua-dua pihak disebabkan jumlah orang yang
menyeberangi tambak semakin meningkat.
“Dengan itu, Singapura merancang untuk memperluaskan lagi CIQ kami,” katanya.
Semalam,
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata Malaysia dan
Singapura sedang berusaha ke arah merangka perjanjian tambahan baharu
mengenai projek RTS Link itu.
Loke berkata projek tersebut, yang digantung selama enam bulan, akan melibatkan peguam negara dari kedua-dua negara untuk menggubal perjanjian itu. – SINAR ONLINE
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests